Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato ini. Hidangan yang menggabungkan mashed potato lembut, ayam popcorn rangup dan sos cheese berkrim ini memang nampak menyelerakan!
Menariknya, cara penyediaannya tidaklah sesukar yang disangka. Walaupun ayam popcorn mengambil sedikit masa untuk disediakan, hasilnya memang berbaloi. Lebih seronok apabila anak balik sekolah bercerita kawan-kawan semuanya suka dan minta dibuatkan lagi!
Baca juga: Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!
RESEPI LOADED POTATO DENGAN AYAM POPCORN DAN SOS CHEESE

Perkongsian resipi oleh Aftaa Sofeya di Facebook ini boleh dijadikan inspirasi untuk menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak. Gabungan kentang lenyek bersama ayam popcorn, sos cheese, mayonis dan parsley menjadikan hidangan ini lebih menarik.
Paling penting, bahan-bahannya mudah didapati dan sesuai disediakan untuk jamuan sekolah, potluck atau makan bersama keluarga di rumah.
Bahan-Bahan
Bahan mashed potato:
- Potato flakes
- Air panas
- Butter
- Lada hitam
Bahan ayam popcorn:
- Dada ayam
- Tepung Bestari
- Air
Bahan sos cheese:
- 1 kg sos cheese
- 600 ml air
- 1 sudu gula
Bahan hiasan:
- Mayonis
- Parsley
Cara-Cara Penyediaan:
1. Sediakan mashed potato
Masukkan potato flakes ke dalam bekas dan bancuh menggunakan air panas sehingga mendapat tekstur kentang lenyek yang diinginkan. Masukkan sedikit butter dan lada hitam, kemudian gaul hingga sebati.
Menurut perkongsian Aftaa Sofeya, beliau tidak menggunakan susu kerana bimbang mashed potato cepat basi apabila dibawa ke jamuan sekolah.
2. Sediakan ayam popcorn
Potong dada ayam kepada saiz kecil seperti ayam popcorn. Salutkan setiap potongan ayam dengan tepung Bestari, kemudian celup ke dalam air.
Selepas itu, salutkan sekali lagi dengan tepung Bestari kering. Goreng dalam minyak panas sehingga ayam masak dan berwarna keemasan. Angkat dan toskan.
3. Masak sos cheese
Masukkan 1 kg sos cheese ke dalam periuk bersama 600 ml air dan 1 sudu gula.
Kacau menggunakan api perlahan sehingga semuanya sebati dan sos menjadi licin. Pastikan sos tidak melekat pada dasar periuk.
4. Susun semua bahan
Masukkan mashed potato yang telah disediakan ke dalam bekas hidangan. Susunkan ayam popcorn di atasnya.
Kemudian, tuangkan sos cheese secukupnya. Tambahkan mayonis dan taburkan parsley sebagai hiasan.
Siap! Loaded potato homemade dengan ayam popcorn dan sos cheese sudah boleh dinikmati.
TIPS MENYEDIAKAN LOADED POTATO UNTUK JAMUAN SEKOLAH
- Goreng ayam popcorn sehingga keemasan supaya teksturnya lebih rangup.
- Bancuh potato flakes mengikut kepekatan yang disukai. Jangan masukkan air terlalu banyak supaya mashed potato tidak terlalu cair.
- Sediakan sos cheese menggunakan api perlahan supaya teksturnya kekal licin.
- Jika disediakan lebih awal untuk jamuan, asingkan komponen hidangan dan gabungkan hampir dengan waktu makan supaya ayam popcorn tidak cepat lembik.
- Simpan bahan yang mudah rosak pada suhu yang selamat dan elakkan membiarkan hidangan terlalu lama pada suhu bilik.
MEMANG BERBALOI BUAT UNTUK JAMUAN ANAK-ANAK!
Tidak semestinya perlu membeli makanan di luar untuk menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak. Dengan menggunakan potato flakes, ayam popcorn dan sos cheese, kita sudah boleh menghasilkan loaded potato homemade yang cukup menyelerakan.
Lebih menggembirakan apabila anak-anak seronok berkongsi makanan dengan kawan-kawan di sekolah. Kalau anak minta lagi untuk jamuan tahun depan, bolehlah masukkan resipi ini dalam senarai menu istimewa keluarga!
Sumber: Aftaa Sofeya
Baca juga: 50+ Idea Menu Jamuan Akhir Tahun Paling Meriah, Dari Nasi Sampai Pencuci Mulut
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

