
Sempena bulan Ramadan yang mulia, kami ingin kongsikan salah satu Resipi Campak-Campak yang menarik dan istimewa daripada MyResipi iaitu resipi Bihun Goreng Singapore.
Jika anda tiada mood nak makan nasi tapi perlukan idea hidangan sahur, wajib cuba buat Bihun Goreng Singapore ini kerana memang mudah dan sedap hasilnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Mee Goreng Tomyam Versi Campak-Campak, Sesuai Buat Untuk Sahur
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE

Bahan-bahan:
- Segenggam bihun (direndam)
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- Sebiji telur
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu mix vegetable
- Seketul dada ayam (dipotong dadu)
- 1 mangkuk kecil serbuk lada hitam
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rendam bihun terlebih dahulu.
2. Sementara itu, boleh tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
3. Kemudian, masukkan pula ayam yang telah dipotong dadu dan kacau sampai ayam masak sepenuhnya.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan sebiji telur, kemudian kacau sampai berketul cantik.
5. Seterusnya, masukkan mix vegetable (jika tak suka, boleh ganti dengan sayur lain) dan sos tiram.
6. Kacau sampai rata dan jika nampak seperti terlampau kering, boleh tambahkan sedikit air.
7. Selepas itu, masukkan bihun yang telah direndam tadi dan kacau sampai rata.
8. Setelah sebati sepenuhnya, boleh hiaskan dengan hirisan cili, daun bawang atau limau nipis mengikut kesukaan masing-masing. Siap untuk dinikmati!
Resipi Bihun Goreng Singapore sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan sahur buat seisi keluarga. Walaupun tiada biji lada hitam, anda boleh gunakan serbuk lada hitam saja untuk memasaknya.
Video penuh:
@myresipi Resipi Campak Sahur 8 | Bihun Goreng Singapore Bahan: 1 genggam bihun (rendam) 1 sudu sos tiram 1 ulas bawang putih (hiris) 1 biji bawang merah (hiris) 1 ketul ayam dada (potong dadu) 1 biji telur 1 sudu mix vege #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #menusahur #bihungorengsingapore#masukberanda #fypシ゚ #foodtok ♬ original sound – MyResipi
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Nasi Ayam Sedap Simple, Cara Masak Mudah Tapi Confirm Hasil Menjadi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














