Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama? Boleh cuba resepi donat lembut tanpa telur yang dikongsikan oleh Dahlia Ajja ini. Menariknya, bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan doh hanya perlu digaul sehingga sebati sebelum dibiarkan mengembang.

Lebih istimewa, resipi ini menggunakan 1 kg tepung gandum dan boleh menghasilkan kira-kira 80 biji donat. Memang berbaloi untuk hidangan keluarga, jamuan atau dijadikan jualan. Hasilnya juga dikatakan lembut seperti kapas dan sesuai dinikmati bersama salutan gula atau topping kegemaran.

Baca juga: Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

RESEPI DONAT LEMBUT TANPA TELUR, MUDAH DISEDIAKAN DAN GEBU

resepi donat lembut tanpa telur

Keistimewaan resipi donat ini terletak pada cara penyediaannya yang tidak memerlukan proses menguli terlalu lama. Cukup sekadar menggaul semua bahan sehingga sebati, kemudian rehatkan doh selama 45 minit supaya mengembang.

Berikut perkongsian bahan-bahan dan cara penyediaan yang boleh diikuti.

Bahan-bahan

Bahan 1:

  • 2 paket yis
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 4 sudu makan gula pasir
  • 700 ml air suam

Bahan 2:

  • 1 kg tepung gandum
  • 4 sudu makan marjerin
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu kecil baking powder

Cara-cara Penyediaan:

  1. Masukkan yis, susu pekat, gula pasir dan air suam ke dalam bekas.
  2. Kacau menggunakan whisk sehingga gula larut dan semua bahan sebati.
  3. Biarkan campuran yis selama 15 minit.
  4. Dalam bekas berasingan, masukkan tepung gandum, marjerin, garam halus dan baking powder.
  5. Tuangkan campuran yis tadi ke dalam bekas tepung.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati dan membentuk doh.
  7. Tutup bekas menggunakan kain bersih atau penutup yang sesuai.
  8. Rehatkan doh selama 45 minit sehingga mengembang.
  9. Selepas itu, tekan doh untuk membuang angin dan rehatkan selama 5 minit.
  10. Bahagikan doh dan bentukkan menjadi donat mengikut saiz yang disukai.
  11. Biarkan donat mengembang seketika sebelum digoreng.
  12. Panaskan minyak dan goreng donat menggunakan api sederhana sehingga masak dan berwarna keemasan.
  13. Angkat dan toskan minyak. Setelah sedikit sejuk, salutkan dengan gula atau topping pilihan.

1 KG TEPUNG BOLEH HASILKAN KIRA-KIRA 80 BIJI DONAT

Menurut perkongsian Dahlia Ajja, sukatan 1 kg tepung gandum ini boleh menghasilkan kira-kira 80 biji donat.

Jumlah ini memang sesuai sekiranya ingin menyediakan donat dalam kuantiti yang banyak. Bukan sahaja boleh dinikmati bersama keluarga, malah boleh dijadikan menu untuk jamuan, majlis keramaian atau jualan kecil-kecilan.

TIP SUPAYA DOH DONAT TIDAK MELEKAT PADA TANGAN

Ketika membentuk donat, pastikan ada sedikit tepung gandum kering untuk ditaburkan pada tangan dan permukaan kerja. Cara ini membantu mengelakkan doh melekat serta memudahkan proses membentuk donat.

Selain itu, kawal suhu minyak ketika menggoreng. Gunakan api sederhana supaya donat masak dengan sekata dan tidak cepat hangus di bahagian luar.

Memang menarik resipi donat ini kerana tidak menggunakan telur dan cara penyediaannya juga mudah. Kalau teringin makan donat buatan sendiri yang lembut dan gebu, bolehlah cuba resipi perkongsian Dahlia Ajja ini!

Sumber: Dahlia Ajja

Baca juga: Resipi ‘Jemput Malas’ Cara Mudah, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Hasilnya Buat Satu Famili Berebut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending