resepi laksa simple

Teringin makan sedap pada waktu sahur, kami cadangkan anda cuba salah satu hidangan dalam Resipi Campak-Campak oleh MyResipi iaitu resepi Laksa simple yang mudah ini.

Siapa yang tak suka makan Laksa? Tanyalah sesiapa pun, pasti ramai yang menyukainya. Lebih-lebih lagi jika ke bazar Ramadan, anda pasti nampak Laksa dijual dengan laku keras.

Resepi Laksa simple ini cukup mudah dengan menggunakan 5 bahan saja. Pada masa yang sama, anda boleh jimatkan tenaga dan masa untuk memasak. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap, Campak-Campak Terus Siap!

RESEPI LAKSA SIMPLE

resepi laksa simple

Bahan-bahan:

  • 1 paket pes laksa segera
  • 1 genggam mi laksa (celur dan toskan)
  • Sedikit air
  • Timun dan telur rebus secukupnya (hiasan)
  • 1 biji bawang merah (hiasan)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan pes laksa segera ke dalam periuk.

2. Kemudian, tambahkan sedikit air dan biarkan kuahnya mendidih.

3. Sementara itu, boleh celur mi laksa sampai ia lembut dan rebus telur supaya apabila kuah siap, boleh terus hias nanti.

4. Setelah kuahnya mendidih, boleh tutup api.

5. Masukkan mi laksa ke dalam mangkuk, kemudian hias dengan hirisan bawang merah dan timun.

6. Seterusnya, tuangkan kuah yang sudah siap dimasak tadi di atas mi laksa.

7. Akhir sekali, letak telur rebus. Siap untuk dihidang!

Kadangkala tiada mood nak masak nasi, tapi tetap teringin makan sesuatu yang sedap pada waktu sahur. Jadi, resepi Laksa simple ini memang pilihan tepat untuk anda cuba di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Baca juga: Mee Goreng Tomyam Versi Campak-Campak, Sesuai Buat Untuk Sahur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN