resepi sotong sambal

Kalau dah bosan asyik masak sotong goreng kunyit, kali ini apa kata cuba jom cuba resepi sotong sambal penyet pula.

Cara memasaknya juga cukup mudah dan dijamin sedap. Lagi lazat jika dinikmati bersama nasi putih atau nasi lemak.

Penggemar lauk sotong tentunya akan menyukai menu yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ini. Jom lihat resipi tersebut dengan lebih lanjut.

Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!

RESEPI SOTONG SAMBAL PENYET

Bahan-bahan:

  • ½ kg sotong cuci bersih
  • Sayur cendawan dan kacang panjang jika suka
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato potong 4
  • 10 biji cili padi merah (boleh campur dengan cili padi hijau)
  • 4 biji cili merah besar

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga pecah minyak.

2. Masukkan sotong, garam dan gula. Kacau rata dan reneh dengan api kecil sambil tutup kuali untuk keluarkan air sotong. Jadi tak perlu tambah air.

3. Apabila sotong sudah hampir masak, masukkan sayur-sayuran dan goreng hingga semua masak sekata.

4. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi sotong sambal

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN