resepi sos bolognese

Biasanya kalau nak masak spaghetti bolognese, kita guna sos segera yang dijual di dalam botol kan? Rupanya boleh buat sendiri menggunakan resepi sos bolognese ini, jauh lagi sedap!

Yang penting rasa lebih fresh sebab menggunakan tomato segar. Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.

Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu

RESEPI SOS BOLOGNESE HOMEMADE 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah
  • Lobak
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar setiap Italy herb (oregano, parsley, basil)
  • Daging burger atau daging cincang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga masak.

2. Masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili dan gaul sebati.

3. Seterusnya, masukkan pula tomato yang sudah dipotong dadu.

4. Masukkan juga lobak merah yang dipotong dadu.

5. Kemudian, masukkan daging dan gaul rata.

6. Apabila daging sudah masak, taburkan italy herb (wajib letak).

7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

8. Siap, selamat mencuba!

resepi sos bolognese

Kredit resipi dan gambar: Noratiqah Nordin

Baca juga: Jom Masak Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam, Rasanya Memang Creamy & Tak Muak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN