
Buat mereka yang tiada selera makan sewaktu sahur, sebenarnya anda perlukan lauk sedap untuk membangkitkan selera. Jadi, kami cadangkan anda cuba Ikan Masak Kicap simple ini.
Tambahan pula, semua orang suka resipi lauk yang dibuat secara campak-campak saja. Mana taknya, hidangan sebegini saja yang kena dengan selera dan citarasa.
Ikan Masak Kicap simple ini dikongsikan oleh Zarini Jaafar di Facebook dan cara memasaknya cukup mudah secara campak-campak saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!
RESIPI IKAN MASAK KICAP SIMPLE

Bahan-bahan:
- Ikan (perap dengan garam dan serbuk kunyit)
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu besar cili boh atau guna yezza
- 1 bawang Holland
- 1 cili besar
- Kicap pekat
- Kicap manis
- Garam
- Air
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan yang sudah diletakkan garam dan serbuk kunyit sampai garing, kemudian ketepikan terlebih dahulu.
3. Selepas itu, tumis bawang putih, bawang merah, halia yang dihiris halus sampai naik bau atau kekuningan.
4. Kemudian, masukkan 1 sudu besar cili boh dan tumis sampai pecah minyak.
5. Seterusnya, masukkan air, kicap, sos cili dan garam, kemudian masak sampai pekat.
6. Masukkan ikan, bawang Holland yang sudah dihiris, buah tomato yang sudah dipotong dan cili potong.
7. Akhir sekali, gaulkan sampai kuah sebati dengan ikan. Siap untuk dihidang!

Rasa pedas, manis dan masin yang harmoni pada Ikan Masak Kicap simple ini boleh buat selera pada waktu pagi terangkat. Lebih-lebih lagi, ia boleh jadi lauk terbaik untuk sahur pertama.
Anda boleh gunakan pelbagai jenis ikan untuk resipi ini seperti kembung, tenggiri, bawal, cencaru dan tongkol. Setelah merasainya sekali, pasti nak masak lagi untuk sahur pada hari lain nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Zarini Jaafar
Baca juga: Ikan Masak Merah Yang Paling Mudah, Sedapnya Macam Air Tangan Ibu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














