Categories: Resipi

Resipi Air Sirap Bandung Soda Laici Untuk Berbuka, Rasa Berkrim Buat Dahaga Hilang Sekelip Mata!

Bila tiba waktu berbuka puasa, memang syok kalau ada minuman manis untuk hilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Salah satu minuman yang mudah dan sedap dicuba ialah Air Sirap Bandung Soda Laici.

Gabungan manisnya laici, krim susu cair dan kesegaran air soda membuatkan setiap tegukan rasa puas dan menyegarkan badan. Resipi ini juga sangat mudah disediakan, sesuai untuk semua peringkat umur dan tak memerlukan bahan yang susah dicari.

Selain itu, resipi ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa sendiri, sama ada nak lebih manis, lebih berwarna atau lebih sejuk dengan tambahan ais lebih banyak.

Baca juga: Resipi Kurma Susu Special Yang Menyegarkan, Teguk Sekali Terus Nak Lagi!

RESEPI AIR SIRAP BANDUNG SODA LAICI

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1/2 botol air soda
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu pewarna merah ros
  • Ais batu secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk atau gelas besar.
  2. Masukkan pewarna merah ros ke dalam mangkuk.
  3. Tambahkan susu cair dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan laici dan kacau perlahan.
  5. Tambahkan ais batu secukupnya.
  6. Akhir sekali, tuang air soda dan kacau perlahan supaya semua bahan sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan, terus nikmati kesegarannya!

Sumber: Ani Zam

Baca juga: Resipi Susu Pisang Karamel Milkshake Float Yang Lazat Berkrim, Fuhh Bila Minum Rasa Puas!

Wan N

Recent Posts

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 hour ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

3 hours ago

Gebu & Mengenyangkan! Resipi Roti Sosej Gulung Homemade, Sedap Dimakan Panas-Panas

Resepi roti sosej gulung ini sesuai dijadikan pilihan sarapan pagi yang mengenyangkan untuk seisi keluarga.…

4 hours ago

Roti Daging Cheese Ala Bigmac Guna Roti Biasa, Siap Dengan Sos Istimewa Homemade!

Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging…

22 hours ago

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

1 day ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

1 day ago