susu pisang

Bila berbuka puasa, mesti teringin nak minum air yang manis, sejuk dan menyegarkan. Salah satu yang boleh dicuba adalah Susu Pisang Karamel Milkshake Float.

Gabungan pisang masak manis, susu segar, ais krim vanila dan sos karamel menjadikan rasanya lebih berkrim dan sedap. Setiap hirupan pasti buat tekak rasa puas dan segar.

Cara membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu kisar semua bahan, tuang ke atas ais, letak aiskrim, sos karamel dan siap!

Minuman ini juga lebih menarik jika dihias dengan hirisan pisang dan sos karamel atas aiskrim. Memang sejuk tekak bila minum.

Baca juga: Resipi Soda Pudina Laici Yang Menyegarkan Untuk Berbuka, Bila Minum Terus Hilang Haus!

CARA BUAT SUSU PISANG KARAMEL MILKSHAKE FLOAT

susu pisang

Bahan-bahan (1 gelas besar / 2 gelas kecil):

  • 1 biji pisang masak manis
  • 1 cawan susu segar atau susu full cream
  • 1 scoop aiskrim vanila
  • 1–2 sudu besar sos karamel (boleh tambah ikut tahap kemanisan)
  • Ais batu secukupnya
  • Hirisan pisang untuk hiasan

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan pisang, susu dan 1 sudu besar sos karamel ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan licin.
  2. Isikan gelas tinggi dengan ais batu secukupnya.
  3. Tuang campuran banana milkshake perlahan-lahan ke dalam gelas.
  4. Letakkan scoop aiskrim vanila di atas milkshake.
  5. Hiaskan dengan sos karamel tambahan dan hirisan pisang di atas ais krim.

Sumber: Racun By Ieyla

Baca juga: Resipi Air Buah Naga Susu Pekat & Creamy, Minum Sejuk-Sejuk Memang Terus Rasa Segar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN