
Bila tiba waktu berbuka puasa, memang syok kalau ada minuman manis untuk hilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Salah satu minuman yang mudah dan sedap dicuba ialah Air Sirap Bandung Soda Laici.
Gabungan manisnya laici, krim susu cair dan kesegaran air soda membuatkan setiap tegukan rasa puas dan menyegarkan badan. Resipi ini juga sangat mudah disediakan, sesuai untuk semua peringkat umur dan tak memerlukan bahan yang susah dicari.
Selain itu, resipi ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa sendiri, sama ada nak lebih manis, lebih berwarna atau lebih sejuk dengan tambahan ais lebih banyak.
Baca juga: Resipi Kurma Susu Special Yang Menyegarkan, Teguk Sekali Terus Nak Lagi!
RESEPI AIR SIRAP BANDUNG SODA LAICI

Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
- Sediakan mangkuk atau gelas besar.
- Masukkan pewarna merah ros ke dalam mangkuk.
- Tambahkan susu cair dan kacau hingga sebati.
- Masukkan laici dan kacau perlahan.
- Tambahkan ais batu secukupnya.
- Akhir sekali, tuang air soda dan kacau perlahan supaya semua bahan sebati.
- Siap untuk dihidangkan, terus nikmati kesegarannya!
Sumber: Ani Zam
Baca juga: Resipi Susu Pisang Karamel Milkshake Float Yang Lazat Berkrim, Fuhh Bila Minum Rasa Puas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














