kurma susu

Bila sampai waktu berbuka puasa, minuman yang manis, sejuk dan menyegarkan memang paling dinantikan. Kurma Susu Special antara minuman yang sesuai kerana bukan sahaja menghilangkan dahaga, tetapi juga memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa.

Yang menariknya, minuman ini sangat mudah disediakan di rumah. Hanya perlukan beberapa bahan asas seperti kurma, susu full cream, madu dan ais batu. Untuk nampak lebih menarik dan rasa lebih sedap, boleh juga tabur hirisan kurma atau sedikit badam cincang.

Selain sedap dan menyegarkan, minuman ini kaya dengan nutrien penting. Buah memberi tenaga segera, manakala susu penuh krim membekalkan kalsium dan protein untuk tubuh lebih bertenaga.

Baca juga: Resipi Susu Pisang Karamel Milkshake Float Yang Lazat Berkrim, Fuhh Bila Minum Rasa Puas!

RESIPI KURMA SUSU SPECIAL

kurma susu

Bahan-bahan:

  • 6–8 biji kurma (buang biji)
  • 200 ml susu full cream
  • 1–2 sudu teh madu (ikut kemanisan yang disukai)
  • Ais batu secukupnya
  • Hirisan kurma untuk hiasan
  • Sedikit badam cincang (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan kurma, susu full cream dan madu ke dalam kisar.
  2. Kisar hingga sebati dan halus.
  3. Tuang minuman ke dalam gelas berisi ais batu.
  4. Hiaskan dengan hirisan kurma di atas.
  5. Taburkan sedikit badam cincang untuk rasa lebih rangup dan eksklusif.

Sumber: Racun By Ieyla

Baca juga: Resipi Soda Pudina Laici Yang Menyegarkan Untuk Berbuka, Bila Minum Terus Hilang Haus!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN