air soda pudina

Tiada yang lebih menyegarkan daripada minuman sejuk seperti air soda pudina laici bila azan Maghrib berkumandang.Kombinasi manis buah laici, daun pudina dan air soda yang menyegarkan memang buat tekak terus lega selepas seharian berpuasa.

Jika anda tiada idea nak buat minuman apa untuk berbuka hari ini, jom cuba resipi di bawah. Confirm puas hati!

Baca juga: Resipi Air Buah Naga Susu Pekat & Creamy, Minum Sejuk-Sejuk Memang Terus Rasa Segar!

RESIPI AIR SODA PUDINA LAICI

air soda pudina

Bahan-bahan:

  • 6–8 biji buah laici segar (boleh juga guna laici tin)
  • 6–8 helai daun pudina
  • 4–5 biji limau nipis kecil
  • 1 sudu besar sirap laici (pilihan, untuk rasa lebih manis)
  • Soda sejuk secukupnya
  • Ais batu secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Basuh daun pudina dan buah laici dengan bersih. Jika menggunakan laici tin, toskan dulu.
  2. Perahkan limau nipis ke dalam gelas pilihan. Tambah sirap laici jika mahu rasa lebih manis.
  3. Masukkan buah laici dan daun pudina ke dalam gelas.
  4. Tambahkan ais batu secukupnya.
  5. Tuang soda sejuk hingga penuh dan kacau perlahan supaya semua rasa bercampur.
  6. Hidangkan terus untuk rasa yang paling segar.

Minuman ini sesuai dijadikan pilihan berbuka kerana ia bukan sahaja menyegarkan, malah aroma pudina dan manis buah lychee membuatkan ia lebih menarik dan menyegarkan tekak.

Sumber: Nana Iryana

Baca juga: Resipi Air Pink Guava Laici Asam Boi Untuk Berbuka, Campuran Manis & Masam Yang Menyegarkan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN