Sardin sememangnya salah satu lauk popular terutamanya bagi yang ingin berjimat.
Tetapi, ramai yang mungkin tak tahu sebenarnya hidangan ini boleh dibuat sendiri dan pembuatannya juga mudah.
Selain menggunakan ikan sardin, boleh juga mengunakan makerel dan ikan tamban.
Baca Juga: Kena Goreng Dulu Baru Sardin Lagi Sedap, Siap Dengan Tips Elak Ikan Meletup-Letup
Jimat, mudah, bersih dan halal kerana air tangan sendiri. Bukan itu saja, resepi ini juga jauh lebih fresh.
Jom kita sama-sama mencuba resipi sardin homemade yang dikongsikan sendiri oleh Norlela Abdul Lahak ini.
Cara membuatnya:
1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.
2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.
3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.
4. Masak kira-kira dalam 60 minit, Tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.
Bagi yang tidak ingin menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama 3 sehingga 4 jam.
Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.
Untuk resipi ini, ia dapat menghasilkan sebanyak 5 bekas bagi ikan seberat 2kg. Selamat mencuba!
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…
Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…
Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…
Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…