resepi sambal nasi lemak

Seorang pengguna laman sesawang Facebook berkongsikan resepi sambal nasi lemak yang tahan lama dan tidak cepat basi.

Menurutnya juga, penggunaan jenis bawang merah memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sambal yang sedap.

Selain itu, sambal ini juga mempunyai rasa legend dan tidak sama seperti yang dijual di kedai makan.

Jika ada yang ingin tahu cara penyediaannya, mari lihat resipi penuh seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Cara Sukat Nasi Lemak Untuk Makan Ramai, Baru Tak Risau Terlebih Atau Terkurang

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 15 biji bawang merah
  • Seulas dua bawang putih
  • 2 genggam cili kering
  • Asam keping kampung (asam gelugur)
  • 1 sudu gula
  • Setengah sudu garam
  • Daun pandan (jika suka)

Cara-cara nemasak:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering. Pastikan guna bawang merah seperti dalam gambar, kalau bawang rose tak sedap.

2. Panaskan minyak sehingga sederhana panas, masukkan bahan kisar dan tumis seketika.

3. Kemudian, masukkan asam keping yang sudah dihiris nipis. Tumis lagi sehingga pecah minyak, agak lama. Kena rajin kacau supaya tak hangus dan berkerak.

Tips tambahan: Kalau ada minyak bekas goreng ikan bilis, boleh guna minyak itu. Pada awal menumis memula tu aku guna minyak baru, bila sambal dah hampir masak, baru campur dengan serdak minyak goreng ikan bilis.

resepi sambal nasi lemak

Kredit resipi dan gambar: NonaEmas Nonagold

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Berhari-Hari Pun Tak Basi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN