spageti bolognese

Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan sekolah anak? Haa, apa kata jom masak spageti bolognese ini.

Resipi yang dikongsi oleh Puan Rose Senni ini sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, pejabat ataupun untuk jualan.

Biasa kalau jamuan, kita akan letak makanan dalam bekas besar kan? Kalau ikut cara ibu ini pek spageti dalam cawan, tinggal ambil je bila nak makan. Tak perlu pinggan dah.

Resipi Spageti Bolognese

Bahan-bahan:

  • 2 paket spageti

Bahan kuah spageti:

  • 5 tin sos prego cendawan
  • 1 tin sos pasta cendawan adabi
  • 2 pek daging lembu kisar Ramly
  • 1 tin cendawan butang (dihiris halus)
  • 3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)
  • 1 biji bawang holand (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 6 batang sosej (dihiris halus)
  • 2 cawan air (ikut sukatan tin prego)
  • Sedikit garam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)

Cara-cara:

1. Didihkan air dalam periuk, tuangkan sedikit minyak. Masukkan spageti dan rebus sehingga lembut mengikut masa yang tertulis di paket. Bila dah lembut, toskan.

2. Untuk membuat kuah, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak, bertukar ke warna coklat.

4. Masukkan sosej dan lobak merah, kacau sebati.

5. Masukkan capsicum, cendawan dan bawang holand, kacau rata.

6. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam secukupnya.

7. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Jika masak untuk jamuan anak di sekolah, ibu-ibu boleh pek spageti dalam cawan seperti gambar di bawah.

spageti bolognese

Letakkan sos di bawah, kemudian baru letakkan spageti.

spageti bolognese

Letak garfu siap-siap, mudah bila nak makan tak perlu pinggan.

spageti bolognese

Kredit: Rose Senni

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN