Sambal Goreng Jawa memang salah satu hidangan yang wajib dicuba, terutama jika anda peminat masakan pedas!
Walaupun menu ini mudah dan ringkas, ia tetap cukup sedap dimakan dengan nasi panas! Ratah begitu sahaja pun sudah memadai.
Jadi, jika anda mencari resipi yang sedap dan cepat dimasak, sambal goreng Jawa ini adalah pilihan yang tepat! Jom kita cuba.
Baca juga: Resipi Sambal Tumis Sotong Kembang, Guna Tips Ini Confirm Tak Liat!
RESEPI SAMBAL GORENG JAWA MUDAH DAN RINGKAS
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
- Gorengkan semua bahan di atas (kentang, tempe, pedal ayam, dan tauhu) hingga keemasan.
- Bila dah goreng semua, ketepikan seketika.
- Selepas itu, rendam suhun dalam air panas hingga lembut.
- Hiris bawang merah, bawang putih, sedikit halia, serta cili besar merah dan hijau.
- Tumbuk sedikit ikan bilis dan tumis bersama semua bahan yang dihiris. Tumis sehingga wangi.
- Tambahkan garam dan sedikit gula, kemudian masukkan suhun. Kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Tambahkan kicap dan kacau lagi hingga semua bahan bercampur rata.
- Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Eva Risyandi
Baca juga: Tips Sambal Telur Rebus Padu, Ada 1 Rahsia Untuk Sambal Jadi Cantik Kemerahan, Ini Caranya…