resepi roti sardin goreng

Siapa masih ingat roti sardin goreng yang selalu dibeli dekat sekolah dulu? Jika rindu nak makan, jom kita cuba resepi roti sardin goreng ini sendiri di rumah.

Dengan beberapa bahan yang mudah didapati, roti goreng ini garing di luar dan lembut di dalam. Rasa sardin yang sedap pasti akan membuat semua orang terliur!

Resipi ini bukan sahaja mudah dan sedap, tetapi juga tidak menyerap minyak. Sesuai untuk hidangan snek atau sarapan pagi.

Siapa sangka, hanya dengan beberapa langkah mudah, anda boleh membawa kembali nostalgia makanan sekolah ke meja makan anda. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Roti Puri Yang Sedap, Kembang & Lembut, Tak Sangka Semudah Ini!

RESEPI ROTI SARDIN GORENG

Bahan Inti:

  • Sardin (ikut suka, sama ada mentah atau dibuat sambal)

Bancuhan tepung:

Cara Penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum dan tepung bestari. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau, sehingga mendapatkan adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
  2. Setelah bancuhan tepung siap, letakkan inti sardin di atas roti dan ratakan. Kemudian, tutup dengan sekeping roti lagi.
  3. Setelah itu, lipat dan potong roti kepada empat bahagian.
  4. Celup setiap potongan roti ke dalam bancuhan tepung dan goreng di dalam minyak panas. Gunakan api besar.
  5. Goreng satu sisi hingga garing, kemudian balikkan ke sisi yang lain. Tidak perlu membalikkan banyak kali.

Nota:

  • Roti tidak perlu dinipiskan, hanya gunakan seperti biasa.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aisha Badri. Haida Rifqi

Baca juga: Resipi Roti Celup Telur Yang Sedap, Ringkas Tapi Boleh Buat Ketagih!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN