menu potluck raya

Jika anda sedang mencari idea menu raya yang boleh dibawa ke majlis potluck raya di sekolah anak ataupun tempat kerja, mari MyResipi kongsikan beberapa idea menu potluck raya yang boleh dipertimbangkan untuk dimasak.

Acara makan-makan atau ‘potluck’ bukanlah perkara asing dalam kalangan masyarakat kita. Semestinya kita ingin membawa makanan yang menarik dan disukai ramai kan? Jadi mari kita ikuti resipi-resipi berikut di bawah.

Baca juga: 5 Resipi Ekspres Jamu Tetamu Datang Mengejut, Sekejap Dah Siap Masak!

5 IDEA MENU POTLUCK RAYA

1) Resipi Sandwich Chicken Crispy

menu potluck raya

Bahan-bahan perapan:

  • Isi ayam
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung ubi
  • Serbuk paprika
  • Serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • Garam pink
  • Pes bawang putih

Bahan-bahan lain:

  • Roti
  • Sos cheese
  • Daun salad
  • Buah tomato
  • Ayam goreng
  • Sos cili
  • Mayonis

Cara penyediaannya:

  1. Perap isi ayam dengan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, serbuk paprika, serbuk lada hitam, lada sulah, pink salt dan pes bawang putih.
  2. Goreng sehingga masak. Bila dah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Ambil sekeping roti, sapu dengan sos cheese, lapikkan dengan daun salad, buah tomato dan ayam goreng.
  4. Drizzlekan dengan sos cili. Kemudian tutup dengan sekeping roti lagi yang sudah disapu dengan mayo.
  5. Potong secara menggergaji menggunakan pisau roti. Ambil sekeping yang sudah dipotong, lapikkan dengan Doyleys paper.
  6. Siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Amy Marina Ahmad

2) Resipi Mi Goreng Daging

menu potluck raya

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee
  • Sayur sawi
  • Cili padi
  • Tomato
  • Daging – pastikan hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 sb cili boh
  • 4 sb sos tomato
  • 5 sb kicap manis
  • 3/4 sb gula

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili boh 1 sudu besar, tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato 4 sudu besar, kicap manis dan gula.
  4. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian baru masukkan daging. Masak daging sekejap sehingga masak.
  6. Masukkan mee dan sayur serta sedikit air.
  7. Kacau rata sehingga basah sedikit kering (mee berkilat).
  8. Siap untuk dihidangkan. Taburkan juga bawang goreng dan daun bawang serta perahkan juga asam limau.

Kredit: Niq Ain

3) Menu Potluck Raya – Resipi Koktail Buah Campur

Bahan-bahan:

  • Satu tin susu sejat
  • Setengah tin susu pekat
  • Satu tin buah laici
  • Satu biji buah naga
  • Dua biji buah mangga
  • Cincau
  • Ais

Cara-cara:

  1. Bancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi 2 cawan air.
  2. Kemudian campurkan semua bahan dan kacau rata. Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit: @MalaysianFoods (Twitter)

4) Resipi Puding Milo Kurang Manis

Bahan-bahan lapisan oreo:

  • 10 gram agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • 50g gula
  • 120g susu cair
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • Oreo yang dipatahkan

Cara-cara buat lapisan oreo:

  1. Dalam periuk, masukkan 10 gram agar2 tali dan 4 cawan air. Biarkan ia mendidih guna api perlahan sahaja. Dah mendidih baru masukkan 50g gula. Kacau sebati.
  2. Tuangkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A, kacau sebati. Biarkan mendidih selama 1 hingga 2 minit. Bila dah mendidih, tutup api.
  3. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila.
  4. Tunggu suam dalam 5 hingga 6 minit. Baru dituang ke dalam loyang.
  5. Bila dah siap tuang, letakkan oreo yang sudah dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana.
  6. Biarkan pada suhu bilik selama 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Cara-cara buat lapisan milo:

  1. Dalam periuk, masukkan 8g agar2 tali dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.
  2. Bila dah mendidih, masukkan 60g gula. Kacau sehingga larut. Masukkan pula 2 sudu makan susu pekat.
  3. Seterusnya masukkan 100g milo dan 100g susu cair. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1 hingga 2 minit.
  4. Bila dah mendidih, tutup api dan tambah secubit garam. Kacau dan biarkan suam dalam 5 hingga 6 minit.
  5. Keluarkan lapisan oreo tadi, cucuk dengan garfu supaya lapisan melekat.
  6. Tuangkan lapisan oreo tadi secara perlahan-lahan. Biarkan di luar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam.
  7. Selepas 4 jam, puding sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

5) Menu Potluck Raya – Makaroni Goreng

Bahan-bahan:

  • Makaroni
  • Bawang holland/bawang merah – potong dadu
  • Bawang putih – cincang halus
  • Butter
  • Daging kisar/daging burger
  • Sos pasta kimball cendawan
  • Garam
  • Gula
  • Brokoli
  • Cheddar cheese

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan air dalam periuk. Kemudiah rebus makaroni sehingga lembut atau ikut saja masa yang disediakan pada pembungkusan. Toskan.
  2. Dalam kuali, cairkan butter. Kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan daging kisar atau daging burger. Gaul rata dan biarkan sehingga daging masak.
  4. Seterusnya masukkan sos pasta kimball cendawan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan makaroni dan gaul rata dalam 5 hingga 6 minit sehingga semuanya menjadi sebati.
  6. Akhir sekali masukkan brokoli dan cheddar cheese. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Fatimah Saari

Baca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN