resepi roti john

Mudah saja resepi roti john ini. Lagi puas hati bila buat sendiri sebab boleh letak inti sebanyak mana yang dimahukan.

Roti John ini bukan saja terkenal pada bulan puasa, malah ia banyak dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam.

Aromanya pasti membangkitkan selera sesiapa saja. Kali ini, apa kata kita cuba resepi roti john yang mudah ini di rumah.

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus

Resepi Roti John Homemade

Bahan-bahan:

  • Roti john/roti oblong (belah tengah)
  • Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Cili api
  • 2-3 biji telur
  • Planta
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Thousand island
  • Sayuran: timun, kubis
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Untuk membuat inti roti john, satukan telur, daging, bawang, hirisan cili dan garam. Kacau rata dan ketepikan.

2. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega. Ketepikan.

3. Masukkan sedikit planta ke dalam kuali, masukkan daging tadi dan biarkan daging sehingga masak.

4. Kemudian tekap roti ke atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.

5. Bila dah masak, baru angkat dan letakkan sayur dan sos yang disukai.

resepi roti john

6. Lipat roti dan potong. Selamat mencuba!

resepi roti john

Kredit: Tengku Roselyza Raja Muhammad

Baca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN