resipi daging masak hitam

Tiada idea nak masak apa menggunakan daging? Apa kata jom cuba resipi daging masak hitam kenduri style yang sedap dan menyelerakan ini.

Resipi ini merupakan hasil perkongsikan oleh Puan Ameera yang lengkap dengan langkah demi langkah untuk diikuti. Jom cuba!

Resipi Daging Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging (bahagian betis/bahagian batang pitang)
  • Cili kering 20 tangkai
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Cuka makan 1 senduk
  • 3 sekawan
  • Sos tiram 1 sudu makan
  • Gula

Bahan utama:

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Serai 2 batang
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Buah keras 1 biji
  • Kismis 1 sudu makan

Cara-cara:

1. Rebus cili kering dan kisar. Masukkan semua ke dalam mangkuk dan salutkan bersama daging.

resipi daging masak hitam

2. Tuangkan kicap manis cap udang. Tuang sampai tukar warna menjadi gelap.

3. Tambah juga kicap pekat. Bagi cantik lagi warna gelap tu.

4. Masukkan cuka makan 1 senduk. Dah semua masukkan gaul rata biar perap selama 1 jam ye. Letak luar je. Gaul pakai sudu supaya tangan tidak menajdi panas.

5. Kisar semua bahan utama.

6. Panaskan minyak, Masukkan 3 sekawan ini.

7. Masukkan bahan kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.

8. Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang diperap 1 jam tadi.

9. Masak sehingga empuk menggunakan api dalam keadaan sederhana supaya daging masak dengan baik.  Jangan tambah air.

resipi daging masak hitam

10. Bila dah nampak kering sedikit, masukkan sos tiram 1 sudu makan. Gaul lagi sampai betul betul kering. Perlahan api.

11. Masukkan 1 sudu makan gula. Gaul rata.

resipi daging masak hitam

Dah siap! Selamat mencuba.

resipi daging masak hitam

Kredit: Ameera

Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok