Categories: Resipi

Resipi Risoles Rangup Dengan Inti Penuh Rasa, Buat Banyak Terus Untuk Stok Frozen!

Resepi risoles yang rangup di luar tapi lembut di dalam ini sebenarnya berasal dari Indonesia, tetapi kini sudah menjadi kegemaran ramai di Malaysia.

Intinya yang padat dan kulitnya dimasak nipis supaya garing apabila digoreng. Hasilnya, setiap gigitan terasa rangup di luar dan lembut berperisa di dalam.

Risoles ini boleh dibuat awal dan disimpan beku. Bila terasa nak makan, tinggal keluarkan dari peti beku dan tinggal goreng saja pada bila-bila masa.

Baca juga: Resepi Tepung Goreng Cempedak Rangup & Bersarang, Tak Pakai Telur & Air Kapur!

RESEPI RISOLES RANGUP DI LUAR DAN LEMBUT DI DALAM

Bahan inti:

  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang merah (dicincang halus)
  • 150 g isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu kecil)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu kecil)
  • ½ kiub pati ayam
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 1 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Serbuk roti (bread crumbs) secukupnya untuk salut

Bahan kulit:

  • 500 g tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:

  • Serbuk roti (bread crumbs) secukupnya untuk salut
  • Campuran tepung + air (untuk melekatkan sebelum salut bread crumbs)
  • Minyak masak (untuk menumis dan menggoreng)

Cara buat inti:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga bertukar warna.
  3. Tambahkan kentang dan lobak merah, gaul rata.
  4. Masukkan kiub pati ayam, lada sulah, garam dan sedikit gula.
  5. Masak hingga kentang empuk dan inti agak kering. Tutup api, masukkan daun sup, gaul rata dan sejukkan.

Cara buat kulit:

  1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, garam, minyak masak, telur dan air secukupnya.
  2. Kacau hingga sebati dan adunan licin.
  3. Panaskan kuali leper tanpa minyak, tuang sedikit adunan dan ratakan nipis.
  4. Masak hingga kulit kelihatan kering, kemudian angkat. Ulang hingga habis adunan.

Cara bentukkan risol:

  1. Ambil sekeping kulit, letakkan sedikit inti di tengah.
  2. Gulung seperti membuat popia, lipat hujung supaya inti tidak keluar.
  3. Salut risol dengan bahan kulit (campuran tepung + air) sebagai pelekat, kemudian gulingkan dalam serbuk roti.

Cara menggoreng:

  1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  2. Goreng risol hingga keemasan dan rangup.
  3. Toskan minyak, sedia dihidang panas-panas.

Sumber: Dahlia Ajja

Baca juga: Jom Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade, Lagi Sihat Tanpa Lemak & Bahan Pengawet!

Wan N

Recent Posts

Sticker WhatsApp Barang Dapur Viral Ini Buat Ramai Terus Nak Download, Mudah Nak Membeli!

Sticker WhatsApp viral kini menjadi bualan ramai selepas perkongsian mengenai satu pek sticker khas untuk…

1 hour ago

Cara Buat Sos Homemade Tanpa Gula, Sekali Belajar Boleh Buat Pelbagai Jenis Sos Sendiri

Cara membuat sos homemade kini semakin menjadi pilihan ramai kerana lebih sihat, bebas daripada gula…

2 hours ago

Sambal Ikan Tongkol Ini Memang Lain Macam, Petua Rebus Dulu Buat Ramai Terkejut Hasilnya

Sambal ikan tongkol memang antara lauk kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas, manis dan cukup…

6 hours ago

Ayam Untuk Nasi Ayam Guna Air Fryer, Hasil Kulit Cantik Dan Isi Kekal Lembut Memikat

Ayam untuk nasi ayam yang lembut, berjus dan mempunyai kulit berwarna keemasan sememangnya menjadi idaman…

6 hours ago

Ingat Maggi Cukup? 5 Makanan ‘Biasa’ Ini Sebenarnya Penyelamat Sebenar Masa Bencana!

Bila dengar je berita pasal cuaca buruk, benda pertama yang rakyat Malaysia selalu serbu di…

6 hours ago

5 Rahsia Baju Kekal Wangi Walaupun Disimpan Lama Dalam Almari

Pernah tidak anda sudah basuh baju dengan sabun yang wangi, tambah pula pelembut fabrik, tetapi…

7 hours ago