
Kalau ada lebihan nasi semalam dan isi ayam dalam peti, apa kata jom cuba resepi nugget ayam homemade yang sedap dan senang sangat nak buat. Guna bahan asas yang memang selalu ada kat dapur saja.
Resipi ini memang sesuai untuk ibu-ibu yang nak sediakan snek sihat untuk anak-anak atau yang tengah cari idea nak habiskan lebihan nasi. Tak perlu bahan pelik, tak renyah dan tak ambil masa lama pun.
Selepas dikukus, simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, goreng saja terus. Anak-anak pun mesti suka, mak pun lega sebab tahu bahan apa yang digunakan. Kalau beli di luar, risau ada bahan pengawet.
Baca juga: Resipi Sosej Ayam Homemade, Bila Gigit Lembut Elok & Tak Kenyal
RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:
- Nasi (lebih pun boleh guna)
- Isi ayam
- Lobak merah
- Bawang putih
- Telur
- Tepung gandum atau tepung bestari (gunakan salah satu, tidak perlu campur)
Cara Penyediaan:
- Kisar nasi, isi ayam, lobak merah dan bawang putih hingga halus.
- Masukkan adunan ke dalam bekas tahan panas dan kukus selama 30 minit.
- Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong mengikut bentuk yang diingini.
- Celup potongan nugget ke dalam telur, kemudian salut dengan tepung pilihan.
- Goreng hingga keemasan dan rangup di luar.
Senang sangat nak buat dan boleh simpan dalam peti sejuk beku sebagai stok. Bila lapar, tinggal goreng sahaja. Memang jimat dan puas hati!
Sumber: Izzah Idzhar
Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














