resepi risoles

Resepi risoles yang rangup di luar tapi lembut di dalam ini sebenarnya berasal dari Indonesia, tetapi kini sudah menjadi kegemaran ramai di Malaysia.

Intinya yang padat dan kulitnya dimasak nipis supaya garing apabila digoreng. Hasilnya, setiap gigitan terasa rangup di luar dan lembut berperisa di dalam.

Risoles ini boleh dibuat awal dan disimpan beku. Bila terasa nak makan, tinggal keluarkan dari peti beku dan tinggal goreng saja pada bila-bila masa.

Baca juga: Resepi Tepung Goreng Cempedak Rangup & Bersarang, Tak Pakai Telur & Air Kapur!

RESEPI RISOLES RANGUP DI LUAR DAN LEMBUT DI DALAM

resepi risoles

Bahan inti:

  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang merah (dicincang halus)
  • 150 g isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu kecil)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu kecil)
  • ½ kiub pati ayam
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 1 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Serbuk roti (bread crumbs) secukupnya untuk salut

Bahan kulit:

  • 500 g tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:

  • Serbuk roti (bread crumbs) secukupnya untuk salut
  • Campuran tepung + air (untuk melekatkan sebelum salut bread crumbs)
  • Minyak masak (untuk menumis dan menggoreng)

Cara buat inti:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga bertukar warna.
  3. Tambahkan kentang dan lobak merah, gaul rata.
  4. Masukkan kiub pati ayam, lada sulah, garam dan sedikit gula.
  5. Masak hingga kentang empuk dan inti agak kering. Tutup api, masukkan daun sup, gaul rata dan sejukkan.

Cara buat kulit:

  1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, garam, minyak masak, telur dan air secukupnya.
  2. Kacau hingga sebati dan adunan licin.
  3. Panaskan kuali leper tanpa minyak, tuang sedikit adunan dan ratakan nipis.
  4. Masak hingga kulit kelihatan kering, kemudian angkat. Ulang hingga habis adunan.

Cara bentukkan risol:

  1. Ambil sekeping kulit, letakkan sedikit inti di tengah.
  2. Gulung seperti membuat popia, lipat hujung supaya inti tidak keluar.
  3. Salut risol dengan bahan kulit (campuran tepung + air) sebagai pelekat, kemudian gulingkan dalam serbuk roti.

Cara menggoreng:

  1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  2. Goreng risol hingga keemasan dan rangup.
  3. Toskan minyak, sedia dihidang panas-panas.

Sumber: Dahlia Ajja

Baca juga: Jom Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade, Lagi Sihat Tanpa Lemak & Bahan Pengawet!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN