resepi sambal kentang

Resepi sambal kentang ikan bilis ini ringkas tetapi sangat menyelerakan. Ia sesuai dijadikan lauk harian, sama ada bersama nasi putih, nasi lemak atau sebagai bekal.

Gabungan kentang goreng dan ikan bilis garing dengan sambal pedas manis menjadikan hidangan ini digemari ramai. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak rumit.

Jika anda inginkan hidangan yang mudah, sedap dan tahan lama, resipi ini adalah pilihan yang boleh dicuba pada bila-bila masa.

Baca juga: Cara Buat Sambal Totok Ikan Bilis, Punyalah Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

RESEPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

resepi sambal kentang

Bahan utama:

  • Segenggam penuh ikan bilis (digoreng garing)
  • 4 biji kentang (dipotong wedges dan digoreng

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang merah (sederhana)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 sudu besar cili giling

Bahan perasa:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Gula melaka secukupnya
  • Serbuk perasa (ikut selera)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)

Cara memasak:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili giling hingga halus.
  2. Tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak dan naik bau. Jangan biar hangit.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis, gula melaka dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Jika guna cili giling, tak perlu tambah asam jawa kerana sudah ada rasa masam semula jadi.
  5. Tambahkan bawang besar yang telah dihiris bulat. Gaul sebati dan biarkan sambal masak seketika.
  6. Tutup api dan biarkan sambal sejuk hingga ke suhu bilik.
  7. Akhir sekali, gaulkan sambal bersama kentang goreng dan ikan bilis goreng.
  8. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Awin Mazuin Abdul Aziz

Baca juga: Resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, Lauk Paling Senang Tapi Punyalah Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN