Categories: Resipi

Cara Buat Stok Rempah Ikan Bakar, Jimat Masa & Boleh Guna Untuk Macam-Macam Lauk!

Kali ini jom cuba resipi rempah ikan bakar Terengganu yang memang terkenal dengan rasa pedas manis dan aroma daun kesum yang menyelerakan.

Rempah ini bukan saja sesuai untuk ikan, tapi juga boleh digunakan untuk ayam, sotong, udang atau lala.

Bukan itu saja, ia juga boleh tahan lama kalau disimpan di dalam peti sejuk. Jadi, bila teringin nak makan, hanya perlu sapu pada ikan dan terus bakar.

Baca juga: Resipi Ikan Kerapu Goreng Halia & Bawang Putih Rangup, Bertambah Wangi Bila Disiram Sos Kicap!

RESEPI REMPAH IKAN BAKAR

Bahan-bahan:

  • 1 kg bawang merah besar
  • 1 labu bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 kg cili boh atau cili kering kisar
  • 1 cawan gula
  • 3 keping nisan (gula melaka)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • Air asam jawa atau asam keping secukup rasa
  • 1 genggam daun kesum
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai dan belacan bakar sehingga betul-betul lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh atau cili kisar dan teruskan menumis sampai garing dan pecah minyak.
  4. Tambahkan gula dan nisan, kacau hingga cair.
  5. Masukkan garam dan air asam jawa. Gaul sebati dan biarkan mendidih perlahan.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun limau dan daun kesum. Teruskan masak 1–2 jam dengan api perlahan, sambil kacau supaya tak hangus.

Tips semasa bakar supaya rempah tak kering dan tak hangit:

Supaya rempah tak kering atau hangit dan kuahnya masih banyak serta sedap dimakan, boleh ikut cara di bawah.

  1. Alas permukaan pemanggang dengan daun pisang atau aluminium foil.
  2. Sapu sedikit minyak di atasnya.
  3. Letakkan ikan, kemudian sapu nipis saja rempah ikan bakar di atas ikan. Tutup dengan daun pisang.
  4. Bakar seketika, kemudian balikkan ikan dan sapu semula rempah nipis di bahagian satu lagi.
  5. Setelah masak, angkat dan letak atas pinggan. Tuang baki kuah ikan bakar di atasnya dan akhir sekali perah sedikit air limau nipis sebelum dihidangkan.

Sumber: Amy Tommy

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam, Lauk Simple Yang Buat Selera Naik & Senang Dimasak

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago