Categories: Tips & Petua

Wanita Ini Buat Eksperimen Hilangkan Kesan Kunyit Pada Bekas Plastik, Tak Sangka Menjadi!

Masalah bekas plastik jadi kuning kerana kunyit memang buat ramai pening kepala. Nak hilangkan kesan kunyit yang degil agak sukar, sudah sental pun tetap tak hilang sepenuhnya.

Seorang wanita di Facebook telah kongsikan eksperimen menarik yang dibuatnya sendiri di rumah untuk hilangkan kesan kunyit pada bekas plastik dan hasilnya sangat mengejutkan.

Baca juga: Cara Hilangkan Kesan Kunyit Pada Blender Sepantas 5 Minit, Tak Perlu Sental Banyak Kali!

CARA HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA BEKAS PLASTIK, CUMA LETAK BAWAH MATAHARI

Menurut perkongsian Junita Indrayanti Famy di Facebook, hari itu cuaca tengah panas terik. Tiba-tiba, dia terfikir nak cuba bersihkan bekas plastik yang ada kesan kunyit hanya dengan menggunakan sinar matahari.

“Sekarang ni matahari terik apa kata kita bersihkan bekas-bekas plastik yang jadi kuning kerana kunyit. Memang berkesan dan menjadi. Tak yah sental bagai.”

-Junita Indrayanti Famy-

Junita memulakan eksperimen pada jam 11.50 pagi, menggunakan botol plastik bekas air jamu yang memang kuning pekat kerana kesan kunyit.

Kemudian, Junita biarkan bekas itu di bawah sinar matahari selama lebih kurang dua jam. Apabila dilihat semula pada jam 1.41 petang, warna kuning pada bekas itu semakin pudar.

Paling menarik, Junita langsung tak guna sebarang bahan pencuci atau sabun khas.
Cuma letak bekas di bawah cahaya matahari secara terus, dan hasilnya tetap nampak jelas.

Walaupun belum hilang sepenuhnya, perbezaan warna yang ketara sudah cukup untuk menunjukkan cara semula jadi ini memang berkesan.

Nak tahu cara hilangkan kesan kunyit pada bekas plastik di rumah, boleh ikut langkah mudah ini:

  1. Cuci bekas plastik seperti biasa.
  2. Lap sampai kering, kemudian letakkan di tempat yang kena sinar matahari terus.
  3. Biarkan antara 1 hingga 2 jam (ikut tahap panas cuaca).

Semoga bermanfaat!

Sumber: Junita Indrayanti Famy

Baca juga: Cara Mudah Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih, Bersih Walau Masak Hari-Hari!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago