resipi ikan masak asam

Kalau tengah teringin lauk simple tapi tetap ada rasa yang padu, resipi ikan masak asam ini memang wajib cuba! Gabungan rasa masin, masam dan pedas dari cili padi memang membangkitkan selera.

Kadang-kadang kita tak perasan, lauk ringkas macam ini yang paling cepat habis atas meja. Bila kuah asam itu meresap dekat isi ikan, setiap suapan memang terasa nikmatnya. Tak pelik kalau ramai yang suka masakan ini.

Yang penting, cara masaknya pun senang sangat! Tak sampai 20 minit pun dah boleh siap. Sesuai untuk yang sibuk tapi masih nak masak sendiri di rumah. Jadi kalau tengah buntu nak masak apa, bolehlah cuba resipi ini.

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

RESIPI IKAN MASAK ASAM

resipi ikan masak asam

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (hiris)
  • Bawang besar (hiris)
  • Halia (hiris)
  • Cili padi merah & hijau (hiris)
  • Asam jawa
  • Garam
  • Ikan (dilumur garam kunyit dan digoreng)

Cara Memasak:

  1. Goreng ikan yang dilumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Bila ikan sudah masak, angkat dan ketepikan seketika.
  3. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi.
  4. Tumis bahan-bahan hiris hingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan air asam jawa dan sedikit garam.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata.

Siap untuk dihidang! Lauk ini memang sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas. Confirm bertambah!

Sumber: Zafirah Zawawi

Baca juga: Resipi Ikan Masak Taucu, Lauk Ringkas Tapi Boleh Buat Tersandar Kekenyangan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN