resepi puff pastry sosej

Jika lalu depan kedai bakeri di pusat membeli-belah, pasti terbau aroma pastri yang memikat selera. Sebenarnya, ada resepi Puff Pastry Sosej Cheese untuk anda cuba di rumah tau.

Buat anda yang baru pertama kali dengar tentang Puff Pastry, sebenarnya ia adalah sejenis pastri yang ringan, berkeping-keping dan rapuh apabila dimakan.

Puff Pastry diperbuat daripada doh tepung dan diletakkan marjerin khas yang dikenali sebagai marjerin pastri. Selain itu, ia dicanai dan dilipat berkali-kali menjadikan ia berlapis-lapis antara doh tepung dan marjerin.

Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu

Semua kedai bakeri yang ada di Malaysia pasti menyediakan pelbagai pilihan makanan yang menggunakan Puff Pastry yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan rasa yang menarik.

Jika anda malas nak keluar rumah untuk ke kedai bakeri, boleh saja buat resepi Puff Pastry Sosej Cheese yang dikongsikan oleh Doris Tan di Facebook ini. Jom kita cuba!

RESEPI PUFF PASTRY SOSEJ CHEESE

resepi puff pastry sosej

Bahan-bahan:

  • Sosej
  • Cheese
  • Pastry puff (jenama Kawan)
  • Kuning telur (untuk sapu)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula gulung pastry bersama sosej dan cheese (bentuk terpulang ikut suka).

resepi puff pastry sosej

2. Selepas itu, sapu kuning telur pada pastry yang digulung tadi.

3. Akhir sekali, bakar dengan air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit. Jangan lupa untuk panaskan air fryer dengan suhu 200°C selama 5 minit sebelum bakar. Siap untuk dinikmati!

Resepi Puff Pastry Sosej Cheese tak sama seperti roti sosej biasa kerana ia menggunakan Puff Pastry dan hasilnya lebih rapuh dan rangup apabila dimakan.

Buat mak-mak yang terfikir untuk tarik selera anak makan pada waktu pagi, semestinya Puff Pastry Sosej Cheese ini merupakan pilihan tepat untuk anda jadikan sebagai hidangan sarapan di rumah.

Hasilnya yang kuning keemasan dan bau aroma pastrinya saja sudah cukup membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti terliur.

Selamat mencuba!

Sumber: Doris Tan

Baca juga: Apam Balik Crispy Ala Pasar Malam, Boleh Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Guna Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN