
Jika suka pencuci mulut sejuk dan menyegarkan, kami cadangkan anda cuba resepi Puding Bandung Cincau yang sesuai dinikmati bersama keluarga tersayang di rumah.
Puding Bandung Cincau ialah pencuci mulut berasaskan agar-agar yang diinspirasikan daripada minuman popular bandung cincau iaitu campuran air sirap, susu dan cincau.
Perkongsian resepi Puding Bandung Cincau oleh Hamisah Harun Mie Sha di Facebook ini bukan saja menjimatkan masa, malah bahan-bahannya pun ringkas dan mudah didapati.
Baca juga: Air Bandung Soda Dengan 3 Bahan, Resipi Paling Senang Nak Buat Dekat Rumah!
RESEPI PUDING BANDUNG CINCAU

Bahan-bahan:
- 1 bungkus agar-agar tali
- Air secukupnya
- Pekatan sirap (tanpa gula)
- 1 tin susu pekat manis jenama Saji
- Cincau (dipotong halus)
- 1 tin aiskrim soda (pilihan)
Cara-cara membuat:
1. Gunakan plastik pembungkus agar-agar tali sebagai penanda aras sukatan air. Satu bungkus agar-agar = satu bungkus penuh air (tips untuk hasil puding tak terlalu keras atau lembik).
2. Masak di atas api sederhana sampai agar-agar hancur sepenuhnya. Sentiasa kacau untuk elak dari melekat di dasar periuk.
3. Nak rasa lebih sedap, masukkan satu tin aiskrim soda semasa agar-agar masih cair dengan syarat kurangkan sukatan air mengikut sukatan aiskrim soda.
4. Setelah agar-agar hancur, masukkan pekatan sirap (tanpa gula) secukupnya sampai dapat warna merah jambu lembut seperti air bandung. Biarkan mendidih seketika.
5. Perlahankan api dan masukkan satu tin susu pekat atau ikut tahap kemanisan yang diingini.
6. Apabila adunan sudah mendidih dan sebati, matikan api dan biarkan ia suam dulu.
7. Apabila adunan sudah suam, masukkan cincau yang telah dipotong kecil. Boleh juga letak cincau dalam acuan terlebih dahulu sebelum tuang adunan agar-agar ke atasnya.
8. Gunakan loyang besar atau acuan kecil mengikut kreativiti. Biarkan sejuk dan keras di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Hamisah Harun Mie Sha
Baca juga: Agar Agar Bandung Dengan 5 Bahan, Makan Sejuk-Sejuk Terus Kata Nikmat Dunia
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













