air bandung soda

Apabila tekak betul-betul rasa dahaga, pasti seronok jika dapat minum air yang menyegarkan di rumah. Oleh itu, kami nak kongsikan resipi Air Bandung Soda yang cukup nikmat.

Kita sering lihat air sirap bandung yang dijual oleh peniaga di luar kerana kesedapannya tak dinafikan lagi. Tambahan pula, ia merupakan pilihan tepat untuk menghilangkan dahaga.

Khabbab Jamalludin telah kongsikan di Facebook tentang cara buat Air Bandung Soda yang sangat menarik kerana menggunakan 3 bahan mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Sirap Hijau Fanta Paling Asli, Ramai ‘Repeat’ Air Klasik Ini Sebab Segar Teramat!

RESIPI AIR BANDUNG SODA

air bandung soda

Bahan bahan:

  • Air bandung jenama F&N berkarbonat (boleh guna jenama lain yang disukai)
  • Susu cair jenama Ideal (jika tiada, guna krimer cair seperti Carnation atau F&N pun boleh)
  • Ais (jika sudah sejuk pun, tambah saja ais supaya rasanya jadi kurang manis)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, isikan ais separuh daripada jumlah bekas yang mahu digunakan (jika guna jug, maka isi dalam ½ jug).

2. Selepas itu, masukkan air bandung sampai lebih kurang 4/5 daripada bekas.

air bandung soda

3. Kemudian, tuangkan susu sejat sampai bekas yang anda gunakan itu penuh.

4. Akhir sekali, kacau dengan sudu sampai sebati. Siap!

Air Bandung Soda memang sempurna sebagai minuman yang mempunyai rasa unik buat seisi keluarga di rumah. Jika ada aiskrim vanilla, semakin bertambah kelazatannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Khabbab Jamalludin

Baca juga: Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN