sirap hijau

Selalunya kita lihat orang buat air Sirap berwarna merah, tapi kali ini kami nak kongsikan suatu resipi minuman menarik iaitu Sirap Hijau Fanta yang mampu buat tekak anda terliur.

Sirap Hijau Fanta merupakan minuman yang cukup popular di Thailand serta dibuat secara asli dengan menggunakan pati oren, epal hijau dan perasa pisang yang lazat.

Di Malaysia, minuman ini antara pilihan menarik ketika berbuka puasa dan ramai yang jadikannya sebagai hidangan air buat tetamu pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Nurul Ateekah telah kongsikan cara buat air Sirap Hijau Fanta di Facebook yang mendapat pujian ramai kerana hasilnya boleh menggoda selera tekak terutamanya sewaktu berpuasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Aiskrim Malaysia Red Velvet, Bahan ‘Ini’ Buat Ia Nampak Lagi Menarik!

RESIPI SIRAP HIJAU FANTA

sirap hijau

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan air putih dan daun pandan ke dalam periuk atau bekas yang sesuai.

2. Selepas itu, masukkan 3kg gula ke dalamnya.

3. Kemudian, masukkan oren Sunquick, perasa pisang dan pewarna epal hijau atau pes pandan.

4. Seterusnya, gaulkan sebati dan biarkan warnanya kehijauan seperti dalam gambar di bawah.

sirap hijau

5. Akhir sekali, biarkan gula larut dengan sebati di dalam air. Siap untuk diminum!

Anda takkan kecewa setelah buat air ini kerana ia sangat lazat dan menyegarkan tekak. Selain dibuat sebagai minuman berbuka puasa, ia boleh dihidangkan untuk tetamu pada Hari Raya.

Bukan selalu dapat buat minuman klasik seperti air tangan orang dulu-dulu. Jadi, inilah masanya untuk anda cuba betapa segar dan lazatnya minum air ini bersama ais yang sejuk.

Resipi ini dapat hasilkan sebanyak 4 liter Sirap Hijau Fanta dan cukup untuk anda jadikan stok minuman di rumah. Apabila minum secawan, sampai besok teringat kesedapannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: 5 Resipi Sirap Bandung Yang Sedap, Terpaling Padu Dengan Tekak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN