agar agar bandung

Alangkah seronoknya dapat makan pencuci mulut yang sedap di rumah. Lebih-lebih lagi jika dapat makan Agar Agar Bandung sejuk-sejuk, memang nikmat tak terhingga.

Sudah selalu sangat minum air sirap bandung biasa, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba buat sesuatu lain dari yang lain iaitu Agar Agar Bandung yang sungguh lembut apabila dimakan.

Hasil daripada resipi Agar Agar Bandung yang dikongsikan oleh Ain Yusof di Facebook ini sangat cantik sampaikan ramai teringin untuk membuatnya di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar Agar Cermin Susu, Nak Hasil Elok Dan Cantik Berkilat Guna Resipi Ini

RESIPI AGAR AGAR BANDUNG

agar agar bandung

Bahan-bahan:

  • 1 paket 25g agar agar tali
  • 1 susu tin cair
  • 100g gula pasir (jika nak manis, boleh tambah gula lagi)
  • Pencelup ros (atau sirap)
  • 1 liter air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, panaskan air dalam 1 liter ke dalam periuk.

2. Selepas itu, masukkan agar agar tali ke dalam periuk dan masak sehingga larut sampai agar agar tak bertali.

3. Kemudian, masukkan gula dan 1 tin susu cair. Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih seketika.

4. Apabila sudah mendidih, asingkan kepada dua bahagian di dalam loyang.

5. Satu bahagian lagi masukkan sedikit pencelup sirap dan kacau sebati.

agar agar bandung

6. Seterusnya, tunggu sehingga susu keras sikit dan baru tuangkan agar agar di atas agar agar susu.

7. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Setelah itu, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

Bukan setakat jimat dan tak guna banyak bahan, malah cara membuatnya juga cukup mudah. Senang cerita, semua orang boleh buat pencuci mulut ini sampai hasilnya menjadi.

Jika anda tiada idea pencuci mulut untuk sebarang potluck atau jamuan, buat saja Agar Agar Bandung ini yang pasti akan buat ramai tertarik untuk makan sampai licin.

Selamat mencuba!

Sumber: Ain Yusof

Baca juga: Resepi Agar-Agar Kering Guna 5 Bahan, Hasil Cantik Dan Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN