Resepi pes tomyam ini berguna untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja tetapi mahu menyediakan hidangan yang lazat untuk keluarga.
Bila ada sos ini, anda hanya perlu tambahkan lauk seperti seafood, ayam atau sayur-sayuran yang disukai mengikut cita rasa masing-masing.
Bukan hanya sesuai untuk memasak tomyam, pes ini juga boleh digunakan untuk memasak nasi goreng tomyam, makaroni tomyam dan semua jenis masakan yang menggunakan pes tomyam.
Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Shamliah Ibrahim di bawah.
Baca juga: Cara Buat Stok Pes Kunyit Serbaguna, Tinggal Lumur Je Tiap Kali Nak Menggoreng!
Bahan-bahan kisar:
Bahan-bahan lain:
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan-bahan kisar kecuali gula kabung dan kisar sehingga halus. Kalau nak buat sikit, bahagi 3 setiap bahan.
2. Tumis cili kisar terlebih dahulu sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, satukan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
4. Masak lebih kurang 45 minit hingga ke 1 jam sehingga pecah minyak. Sejukkan sebelum simpan di dalam bekas tertutup.
5. Bila nak masak, hanya perlu tambah seafood, ayam dan sayuran. Tapi bahan asas tomyam jangan dilupakan serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis dan daun limau purut wajib ada.
Kredit resipi dan gambar: Shamilah Ibrahim
Baca juga: Resipi Char Kuetiau Paling Mudah, Tak Perlu Guna Pes Atau Air Kulit Udang!
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…