
Paprik sememangnya antara menu kegemaran ramai yang wajib order setiap kali ke kedai makan. Jika anda sedang mencari resepi paprik ayam yang mudah tetapi sedap seperti di kedai Thai, resipi ini wajib dicuba di rumah.
Menariknya, paprik ayam bukan sahaja menggunakan ayam sebagai sumber protein, malah dipenuhi dengan pelbagai jenis sayur yang menjadikannya lebih berkhasiat. Gabungan bunga kubis, lobak merah dan kacang panjang memberikan tekstur yang rangup serta warna yang menarik pada hidangan.
Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam keluarga. Malah, ada yang terpaksa memasaknya dua kali sehari kerana anak-anak asyik meminta tambah. Kalau sekali cuba, memang faham kenapa ramai yang suka sangat dengan paprik ayam ini!
Baca juga: Resipi Lutut Ayam Goreng Rangup & Wangi, Cicah Pula Sos Thai Memang Nikmat Tak Terkata!
RESEPI PAPRIK AYAM SEDAP ALA DI KEDAI THAI

Bahan utama:
- 500 gram ayam (dipotong dadu)
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 5-6 ulas bawang putih (dihiris)
- 2-3 sudu makan cili kisar (atau ikut tahap kepedasan)
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- Secukup rasa
- Air rebusan ayam secukupnya
Bahan sayur:
- 1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
- 1/2 biji bunga kubis (dipotong kecil)
- 8-10 batang kacang panjang (dipotong memanjang)
- Cili padi secukupnya (dibelah dua)
- 1 biji bawang merah (dipotong bulat)
- 3 batang serai (diketuk)
- 2-3 helai daun limau purut
Cara-cara penyediaan:
- Rebus ayam yang telah dipotong dadu sehingga separuh masak. Simpan air rebusan untuk digunakan sebagai kuah nanti.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Tambahkan sos cili, sos tiram dan secukup rasa. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
- Tuangkan air rebusan ayam mengikut jumlah kuah yang diinginkan. Biarkan kuah mendidih seketika.
- Masukkan serai yang telah diketuk, kemudian masukkan lobak merah, bunga kubis dan kacang panjang. Kacau rata.
- Masukkan ayam rebus dan biarkan semua bahan mendidih supaya perisa meresap ke dalam ayam dan sayur.
- Setelah lobak merah hampir empuk, masukkan bawang merah yang dipotong bulat, daun limau purut dan cili padi.
- Masak lagi selama 4 hingga 5 minit sehingga semua bahan masak sempurna.
- Rasa dan sesuaikan perasa jika perlu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Adib Aufa
Baca juga: Cara Defrost Ayam Beku Agar Cepat Cair, Guna Bahan RAHSIA Ini Sekejap Dah Lembut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














