lutut ayam

Resipi lutut ayam goreng rangup ini memang antara menu ringkas yang tak sangka sedap. Kalau sebelum ini ramai tak biasa dengan bahagian ini, bila dah cuba memang boleh jatuh cinta sebab teksturnya yang unik dan lebih juicy bila digoreng rangup.

Untuk resipi ini, kita guna lutut ayam yang diperap dengan bahan ringkas seperti garam masala, paprika dan tepung serbaguna. Tak perlu bahan banyak pun, cukup sekadar apa yang ada di dapur tapi hasilnya tetap padu.

Menariknya, hidangan ini lagi sedap bila dicicah dengan sos Thai yang masam manis dan pedas-pedas sikit. Memang sesuai dijadikan menu santai petang atau kudapan waktu menonton TV bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Ayam Black Pepper Kegemaran Satu Rumah, Lazatnya Sampai Hari-Hari Minta Masak Lagi!

RESIPI LUTUT AYAM GORENG RANGUP

lutut ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam (lutut ayam)
  • Garam masala
  • Paprika
  • Tepung Bon Chef (atau tepung goreng serbaguna)
  • Daun kari
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos Thai (untuk cicahan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan lutut ayam dan toskan sehingga kering. Ini penting supaya ayam lebih rangup bila digoreng.
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas, kemudian tambah garam masala, paprika dan tepung Bon Chef.
  3. Gaul semua bahan hingga sebati dan pastikan ayam bersalut rata dengan rempah. Perap sekejap supaya rasa lebih meresap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Goreng ayam sehingga keperangan dan rangup.
  6. Bila hampir masak, masukkan daun kari supaya naikkan aroma wangi yang lebih menyelerakan.
  7. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan panas-panas bersama sos Thai sebagai cicahan.

Sumber: Thread hanieysuhaimin

Baca juga: Tak Perlu Lauk Lain! Ayam Sambal Bawang Ini Buat Ramai Ketagih Nak Tambah Nasi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN