ayam frozen

Bila tiba masa nak memasak, antara masalah yang selalu berlaku ialah ramai yang terlupa nak mengeluarkan ayam frozen lebih awal hingga terpaksa menunggu lama untuk ia cair.

Sebenarnya ada satu petua mudah yang boleh membantu mempercepatkan proses mencairkan ayam beku tanpa perlu menggunakan microwave. Caranya hanya menggunakan air paip dan sedikit garam yang kebiasaannya memang ada di dapur.

Ramai yang berkongsi bahawa kaedah ini membantu mempercepatkan proses defrost ayam, menjadikannya lebih mudah untuk disediakan ketika sibuk atau saat memerlukan hidangan segera untuk keluarga.

Baca juga: Cara Hilangkan Kesan Kunyit Pada Tangan Dengan Cepat & Mudah, Sekelip Mata Kembali Bersih!

CARA NYAH BEKU AYAM FROZEN DENGAN CEPAT

ayam frozen

Cara-caranya:

  1. Masukkan ayam frozen ke dalam bekas, periuk stainless steel atau periuk aluminium.
  2. Tuangkan air paip sehingga keseluruhan ayam tenggelam.
  3. Masukkan segenggam garam ke dalam air.
  4. Tutup bekas atau periuk tersebut.
  5. Biarkan selama kira-kira 30 minit atau sehingga ayam menjadi lembut dan mudah dipisahkan.
  6. Setelah ayam cair sepenuhnya, toskan air dan ayam sedia untuk dimasak mengikut resipi pilihan.

Tips tambahan:

  • Gunakan bekas stainless steel atau aluminium kerana bahan ini membantu mempercepatkan pemindahan haba berbanding sesetengah jenis bekas lain.
  • Pastikan ayam dimasak segera selepas proses defrost selesai untuk mengekalkan kualiti dan kesegarannya.
  • Elakkan menggunakan air panas kerana ia boleh menjejaskan tekstur ayam dan menyebabkan sebahagian permukaan ayam mula masak sebelum waktunya.

Sumber: Thread

Baca juga: Patutlah Suka Buat ‘Port’ Dekat Situ! Rupanya Ini Punca & Cara Halau Semut Dalam Soket Elektrik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN