Jika ditanya tentang makanan jalanan India yang sedap, pasti ramai jawab Pani Puri yang penuh dengan rasa. Kali ini, kami kongsikan resepi Pani Puri untuk anda cuba di rumah.
Siti Hazneza Abdul Hamid telah menunjukkan cara-cara mudah dalam resepi Pani Puri di Facebook dengan hasil yang sangat menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Payasam (Bubur Manis India), Resipi Asli Dari Orang India Sendiri
Bahan-bahan:
Bahan-bahan inti ubi (seperti inti karipap):
Bahan-bahan chutney pudina:
Bahan-bahan chutney asam jawa:
Bahan-bahan jeruk bawang:
Cara-cara menyediakan inti ubi:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dengan air secukupnya dan masak sehingga ubi empuk.
2. Tambah garam dan serbuk stok ayam atau serbuk perasa secukupnya.
3. Boleh juga ubi diganti dengan kacang kuda ubi.
Cara-cara menyediakan chutney pudina:
1. Kisar semua bahan dalam blender sehingga halus dan simpan dalam peti sejuk.
2. Lebihan chutney pudina boleh dijadikan perapan daging atau pesto (tambah kacang dan keju).
Cara-cara menyediakan chutney asam jawa:
1. Tumis jintan manis, jintan putih, sebuk halia dan serbuk cili.
2. Masukkan bahan-bahan lain dan renehkan sehingga campuran menjadi separuh daripada asal.
3. Simpan dalam peti ais.
4. Lebihan cutni boleh dijadikan sapuan (glaze) untuk ayam, ikan atau daging bakar.
Cara-cara menyediakan jeruk bawang:
1. Campurkan saja bawang besar bersama garam, gula dan cuka secukup rasa.
2. Tak perlu buat bancuhan air jeruk sebab tak nak bawang jeruk terlalu berair supaya pani puri tak lembik)
Cara-cara menyediakan pani puri:
1. Goreng pani puri dalam minyak masak yang panas sehingga keperangan, angkat dan toskan.
2. Lubangkan sedikit dan masukkan inti ubi, chutney pudina, chutney asam jawa dan jeruk bawang. Siap untuk dinikmati!
Jika mempunyai lebihan daripada resepi Pani Puri ini, anda boleh simpan dalam bekas kedap udara dan makan pada bila-bila masa nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid
Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Guna Yis, Dah Sejuk Pun Tetap Kembang Elok
Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…
Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…
Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…
Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…
Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…
Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…