Categories: Resipi

Resipi Sosej Ayam Homemade, Bila Gigit Lembut Elok & Tak Kenyal

Jom cuba resepi sosej ayam homemade ini di rumah. Jika buat sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan dan juga bebas bahan pengawet yang merbahaya.

Di samping itu, ibu-ibu juga tidak perlu risau jika mahu diberi kepada anak-anak. Makan setiap hari pun boleh sebab tidak ada letak bahan yang meragukan.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Zeti Khalid di bawah.

Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!

RESEPI SOSEJ AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 500g isi dada ayam
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji lobak merah
  • Segenggam daun ketumbar
  • 2 biji telur
  • 3 tbsp tepung jagung
  • 4 tbsp serbuk roti
  • 1 tsp serbuk pati ayam
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan dalam food processor atau menggunakan blender sehingga halus dan sebati.
  2. Sediakan acuan silikon berbentuk sosej (boleh beli di Shopee) dan paipkan adunan ke dalam acuan tersebut.
  3. Setelah semua adunan dipaipkan ke dalam acuan, kukus sosej selama 15 minit menggunakan pengukus.
  4. Setelah dikukus, biarkan sekejap untuk sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari acuan.
  5. Sosej homemade siap untuk dinikmati! Anda boleh menikmatinya dengan roti hotdog atau dimasak mengikut cita rasa.

Sumber: Zeti Khalid

Baca juga: Resipi Sosej Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Campak-Campak Siap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

19 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago