Setiap kali dapat belajar resipi yang jarang ditemui, memang tak sabar nak cuba. Anda wajib cuba resipi Kari Ikan India, lauk dari Negeri Odisha yang sebenarnya sedap tak terkata.
Odisha (sebelum ini namanya Orissa) ialah sebuah negeri yang terletak di pesisir timur India dan pelbagai masakan India di Malaysia yang dibuat dengan resipi dari sana.
Syu Azis telah kongsikan resipi menarik di Facebook iaitu Kari Ikan India yang diperoleh daripada kawan suaminya dari negeri Odisha. Jom kita cuba!
Baca juga: Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng secara tiga suku masak terlebih dahulu.
2. Kisar halia, sebiji bawang besar, bawang putih dan sedikit (½ sudu) jintan putih terlebih dahulu, kemudian letak tepi.
3. Kisar biji kuaci dan mustard seed bersama sebiji cili kering, kemudian letak tepi juga.
4. Selepas itu, kisarkan tomato sampai lumat.
5. Panaskan minyak dalam dua senduk dan masukkan cili kering yang seketul-seketul itu, kemudian biarkan garing kehitaman sedikit.
6. Masukkan bunga lawang, kayu manis, halba dan 1 sudu jintan putih, kemudian tumis sampai sedikit garing.
7. Seterusnya, masukkan baki bawang besar yang diracik halus dan bahan kisar yang ada halia semua itu.
8. Setelah garing, masukkan tomato kisar dan pes mustard seeds dengan biji kuaci, kemudian kacau perlahan sampai pecah minyak.
9. Masukkan daun salam bersama dua cubit garam, segala serbuk kari, garam masala, serbuk kunyit dan serbuk cili.
10. Akhir sekali, boleh gaul dengan ikan goreng tadi sampai sekata. Siap untuk dihidang!
Orang India sangat suka ikan Rohu, tapi di Malaysia, anda boleh gantikan dengan ikan merah, jenahak atau bawal. Senang cerita, semua jenis ikan sesuai dengan resipi Kari Ikan India ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Syu Azis
Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…