Resepi nasi lemak sedap memang bergantung pada sambalnya. Kalau sambal kurang ‘kick’, nasi lemak keseluruhannya boleh rasa kurang menyengat.
Jadi, jika anda ingin membuat nasi lemak yang benar-benar sedap dan memuaskan, pastikan sambalnya betul-betul mantap.
Ikuti resipi di bawah ini untuk membuat sambal yang akan menjadikan hidangan nasi lemak anda lebih istimewa. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Yang Lembut, Wangi & Cantik Sebiji-Sebiji, Mudah Je!
RESEPI NASI LEMAK SEDAP (SAMBAL PADU)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 labu bawang holland
- 5 ulas bawang merah
- Sedikit halia
- Sedikit belacan
- Sedikit ikan bilis
- 6 sudu besar cili kisar
- Gula atau nisan (secukup rasa)
- Garam (secukup rasa)
- Sedikit air asam jawa
Cara memasak:
- Kisar semua bahan iaitu bawang holland, bawang merah, halia, belacan, dan ikan bilis sehingga halus.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak dan harum.
- Selepas itu, masukkan pula cili kisar dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
- Kemudian, tambahkan gula atau nisan, garam, dan sedikit air asam jawa mengikut citarasa.
- Kacau rata dan masak sehingga sambal mencapai kepekatan yang diingini bergantung pada selera anda.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Sis Norey Yusof
Baca juga: Cara Sukat Nasi Lemak Untuk Makan Ramai, Baru Tak Risau Terlebih Atau Terkurang