Categories: Resipi

Cara Buat Nasi Kak Wok Ala Kelantan, Resipi Mudah Dengan 3 Menu Pelengkap Wajib Ada!

Nasi kakwok merupakan hidangan yang sinonim dengan Kelantan dan biasanya terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan bersama ayam goreng, kuah kari serta sambal. Nama “Kak Wok” pula dikaitkan dengan panggilan kepada wanita yang menjual hidangan ini, sebelum nasi kakwok semakin dikenali dan menjadi antara menu sarapan atau makan tengah hari yang popular di Kelantan.

Menariknya, hidangan ini nampak ringkas tetapi cukup lengkap. Ayam yang dipotong kecil dan digoreng kunyit dimakan bersama kuah kari serta sambal yang memberikan rasa pedas, masam dan wangi limau kasturi.

Kalau teringin nak makan nasi kakwok tetapi tak berkesempatan ke Kelantan, boleh cuba buat sendiri di rumah. Resipi ini menggunakan bahan yang mudah dan setiap lauknya boleh disediakan secara berasingan sebelum digabungkan menjadi satu hidangan.

Baca juga: Buat Air Asam Nasi Daging Letak Kerisik, Barulah Rasa Pedas Masam Jadi Lebih ‘Kick’

RESEPI NASI KAKWOK LENGKAP DENGAN BAHAN SAMPINGAN LAIN

Bahan kuah kari:

  • Empat sekawan (halba campur, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • 1 paket rempah kari ayam
  • Santan
  • Sedikit ayam (dipotong halus)
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Garam

Bahan ayam goreng kunyit:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Garam
  • Kunyit
  • Lada hitam (dikisar)
  • Gula
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan sambal nasi:

  • Cili padi merah
  • Cili besar
  • Cili padi hijau
  • Belacan
  • Limau kasturi
  • 1 sudu kecil cuka
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit air

Bahan untuk hidangan:

  • Nasi putih
  • Timun (dihiris nipis)

Cara buat kuah kari:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari ayam dan tumis sehingga rempah masak serta pecah minyak.
  3. Tuangkan santan dan masukkan sedikit ayam yang telah dipotong halus.
  4. Masukkan lobak merah dan kacang panjang.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Biarkan kuah mendidih dan masak sehingga semua bahan elok. Ketepikan.

Bahan ayam goreng kunyit:

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk.
  2. Perasakan dengan garam, kunyit, lada hitam yang telah dikisar dan sedikit gula.
  3. Gaul sebati dan perapkan selama 30 minit. Jika diperap lebih lama, rasa ayam akan lebih sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
  5. Goreng lobak merah dan kacang panjang, kemudian taburkan di atas ayam yang telah digoreng.

Bahan sambal nasi:

  1. Masukkan cili padi merah, cili besar, cili padi hijau, belacan, limau kasturi, cuka, garam, sedikit gula dan air ke dalam pengisar.
  2. Belah limau kasturi dan buang bijinya terlebih dahulu. Kulit limau kasturi boleh dikisar bersama.
  3. Kisar semua bahan sehingga hancur dan sebati.
  4. Sambal sedia untuk dihidangkan.

Cara menghidang:

  1. Letakkan nasi putih di dalam pinggan.
  2. Susun ayam goreng kunyit bersama lobak merah dan kacang panjang.
  3. Tuangkan kuah kari di bahagian tepi nasi.
  4. Letakkan sambal nasi kakwok dan hirisan timun nipis.
  5. Hidangkan ketika masih panas.

Sumber: Shafira Ismail

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

3 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

3 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

4 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

6 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

7 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

7 hours ago