Kalau suka pencuci mulut yang mudah dibuat, kek batik coklat ini memang menarik untuk dicuba kerana tidak memerlukan banyak bahan atau langkah yang rumit. Rasa coklatnya pekat, manakala biskut Marie memberikan tekstur crunchy yang sedap.
Lebih menarik, kek batik ini tidak perlu dibakar menggunakan oven. Bahan-bahan hanya perlu dimasak sekejap sebelum digaul bersama biskut, kemudian disejukkan sehingga set dan boleh dipotong.
Baca juga: Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter
Resipi ini sesuai untuk yang suka kek batik dengan rasa coklat yang lebih kuat dan tekstur biskut yang masih terasa. Sukatan susu pekat juga boleh disesuaikan mengikut tahap kemanisan yang disukai.
Bahan-bahan:
Nota: Jika suka rasa lebih manis, boleh gunakan sehingga 1/2 tin susu pekat.
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan bahan ke dalam kuali
Masukkan butter, minuman coklat malt, susu pekat dan esen vanilla ke dalam kuali. Jangan hidupkan api terlebih dahulu.
2. Masak dengan api perlahan
Selepas semua bahan dimasukkan, barulah buka api perlahan. Kacau sehingga butter cair dan semua bahan sebati.
3. Tunggu hingga campuran mula berbuih
Apabila campuran coklat mula berbuih dan kelihatan seperti “blurp blurp”, terus masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan.
4. Gaulkan bersama biskut
Tutup api dan gaul sehingga semua biskut disalut rata dengan campuran coklat.
5. Masukkan ke dalam bekas
Tuangkan adunan ke dalam bekas pilihan dan ratakan permukaannya.
6. Sejukkan
Biarkan kek batik sejuk dan mengeras sebelum dipotong. Boleh juga disejukkan dalam peti ais untuk mendapatkan tekstur yang lebih padat.
Tips buat kek batik coklat crunchy:
Selamat mencuba!
Sumber: Ekin Ramli
Baca juga: Resepi Puding Roti Pandan Gula Melaka Ini Buat Ramai Terliur, Guna Roti Lebihan Pun Jadi
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…