Categories: Resipi

Cara Buat Nasi Impit Tak Guna Plastik, Resipi Mudah Untuk 1 Cawan Beras!

Resepi nasi impit ini memang sesuai untuk yang nak cuba buat sendiri di rumah tanpa perlu beli yang dah siap. Guna beras biasa pun boleh! Tak perlu plastik bungkus nasi atau rebus lama-lama.

Cara ini memang jimat, mudah dan cepat. Kalau ada pressure cooker di rumah, lagi senang! Tak sampai sejam, nasi impit dah siap dimasak. Kemudian, tekan saja dalam bekas sampai padat, biar sejukkan dan boleh terus potong ikut suka.

Nasi impit yang dibuat sendiri ini bukan saja lembut dan sedap, tapi kita pun boleh kawal rasa dan kebersihannya. Sesuai sangat kalau nak makan dengan kuah kacang, rendang atau buat lontong.

Baca juga: Cara Buat Kuah Kacang Paling Simple! Tanpa Santan, Serai & Bahan Rumit Lain

RESEPI NASI IMPIT GUNA 1 CAWAN BERAS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1/2 @ 1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Sukat 1 cawan beras dan basuh hingga bersih.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk pressure cooker bersama 3 cawan air dan garam.
  3. Tutup periuk dan tekan butang ‘meat’ atau tetapan tekanan tinggi selama 35 minit.
  4. Setelah selesai dimasak, alihkan nasi ke dalam bekas tupperware atau loyang. Tekan-tekan nasi supaya padat dan mampat sepenuhnya.
  5. Biarkan nasi sejuk di dalam bekas sehingga betul-betul mengeras.
  6. Setelah sejuk, boleh dipotong mengikut saiz yang diingini dan dihidangkan bersama kuah kacang, sate, lontong atau rendang.

Nasi impit homemade ini bukan saja mudah dibuat, malah lebih bersih dan boleh disesuaikan ikut selera. Selamat mencuba!

Sumber: Sarina Husin

Baca juga: Cara Buat Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!

Wan N

Recent Posts

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

4 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

4 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

4 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

4 hours ago

Kek Coklat Moist Mudah, Sukat Guna Cawan & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau anak-anak tiba-tiba teringin kek coklat ketika cuti sekolah, tak perlu pening fikir resipi yang…

5 hours ago

Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!

Kalau ada jagung tin tersimpan dalam kabinet dan sudah lama tidak terusik, boleh cuba buat…

5 hours ago