resepi nasi impit

Resepi nasi impit ini memang sesuai untuk yang nak cuba buat sendiri di rumah tanpa perlu beli yang dah siap. Guna beras biasa pun boleh! Tak perlu plastik bungkus nasi atau rebus lama-lama.

Cara ini memang jimat, mudah dan cepat. Kalau ada pressure cooker di rumah, lagi senang! Tak sampai sejam, nasi impit dah siap dimasak. Kemudian, tekan saja dalam bekas sampai padat, biar sejukkan dan boleh terus potong ikut suka.

Nasi impit yang dibuat sendiri ini bukan saja lembut dan sedap, tapi kita pun boleh kawal rasa dan kebersihannya. Sesuai sangat kalau nak makan dengan kuah kacang, rendang atau buat lontong.

Baca juga: Cara Buat Kuah Kacang Paling Simple! Tanpa Santan, Serai & Bahan Rumit Lain

RESEPI NASI IMPIT GUNA 1 CAWAN BERAS

resepi nasi impit

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1/2 @ 1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Sukat 1 cawan beras dan basuh hingga bersih.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk pressure cooker bersama 3 cawan air dan garam.
  3. Tutup periuk dan tekan butang ‘meat’ atau tetapan tekanan tinggi selama 35 minit.
  4. Setelah selesai dimasak, alihkan nasi ke dalam bekas tupperware atau loyang. Tekan-tekan nasi supaya padat dan mampat sepenuhnya.
  5. Biarkan nasi sejuk di dalam bekas sehingga betul-betul mengeras.
  6. Setelah sejuk, boleh dipotong mengikut saiz yang diingini dan dihidangkan bersama kuah kacang, sate, lontong atau rendang.

Nasi impit homemade ini bukan saja mudah dibuat, malah lebih bersih dan boleh disesuaikan ikut selera. Selamat mencuba!

Sumber: Sarina Husin

Baca juga: Cara Buat Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN