nasi minyak simple

Syawal semakin hampir, pasti ramai yang sudah mula membuat persediaan juadah raya. Nasi minyak simple ini boleh jadi salah satu menu untuk hidangan pagi Raya!

Resipi ini lengkap bersama ayam masak merah, acar, dalca dan nasi minyak. Bukan sahaja sedap, tetapi juga mudah disediakan tanpa perlu menggunakan banyak bahan.

Jadi, kalau masih mencari idea untuk juadah pagi Raya, bolehlah cuba resipi nasi minyak ini. Ringkas, sedap dan pasti menambah seri di meja hidangan.

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Padu, Nasi Gebu & Daging Lembut Elok!

RESEPI SET NASI MINYAK SIMPLE

Bahan masak nasi:

Cara masak nasi:

  1. Panaskan marjerin, tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.
  2. Kemudian, masukkan bahan tumis ke dalam periuk berisi beras sudah siap dicuci.
  3. Masukkan susu cair dan sunquick ke dalam periuk, gaul rata.
  4. Selepas itu, masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras. Masak nasi seperti biasa.nasi minyak simple

Bahan kuah dalca:

  • Tulang ayam
  • Santan pekat secukupnya
  • 1sb serbuk kari daging dan 1sb serbuk kari ikan (jadikan pes)
  • Bawang merah, bawang putih dan halia (tumbuk)
  • Lada merah besar potong tengah
  • Daun kari
  • 4sb kacang dhal (rebus empuk dahulu)

Cara buat kuah dalca:

  1. Tumis daun kari dan bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kari dan tumis sampai pecah minyak.
  3. Selepas itu, masukkan tulang ayam, lada besar dan asam keping. Biarkan hingga ayam empuk.
  4. Kemudian, masukkan dhal yang dah empuk beserta sayur kacang panjang dan terung.
  5. Tuangkan santan dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
  6. Tunggu sampai sayur empuk. Siap.

Bahan ayam masak merah:

  • Separuh ayam (dicuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap)
  • Lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia (kisar)
  • Serai diketuk
  • Sedikit nise
  • 2sb sos cili
  • 1sb sos tiram

Cara buat ayam masak merah:

  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan nise, sos cili, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
  3. Mauskkan ayam yang sudah digoreng dan gaul sebati.nasi minyak simple

Bahan acar timun nanas:

  • Nanas dan timun potong
  • Bawang dan cili merah besar dimayang
  • 1sb sunquick
  • 1sk gula pasir

Cara buat acar timun nanas:

  1. Satukan nanas, timun, bawang dan cili merah dalam satu bekas.
  2. Masukkan sunquick dan gula pasir, gaul sampai rata dan sebati.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Paling Mudah, Sangat Semerbak Baunya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN