resepi nasi dagang

Jom cuba resepi nasi dagang Terengganu yang dikongsikan oleh saudari Haadii Nadia di bawah ini.

Sebenarnya cara penyediaannya tidak susah mana walaupun ada yang kata rumit. Yang penting bahan-bahan kena cukup.

Nasi dagang biasanya digandingkan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun. Tak ada dua ini, memang tak sah!

Kalau ada yang nak cuba memasaknya, jom lihat cara penyediaannya di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Laksa Terengganu Kuah Putih, Makan Dengan Laksam Pun Boleh

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU

Bahan-bahan:

  • 2 pot beras basmathi
  • 2 sudu beras pulut (kalau suka berpulut boleh tambah sukatan)

Rendam 2 bahan ini selama 1-2 jam.

Bahan-bahan lain:

  • Halia mayang halus
  • Bawang merah mayang halus
  • Santan (saya guna santan M.S setengah kotak)
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu besar halba

Cara memasak:

1. Kukus beras basmathi dan beras pulut sampai separuh masak.

2. Letak beras yang dikukus separuh masak tadi dalam bekas/besen (lagi besar lagi elok), ketepikan.

3. Kemudian, dalam mangkuk masukkan santan, halia, bawang, halba, gula, garam dan kacau sampai sebati.

4. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas/besen berisi beras+beras pulut tadi. Kemudian gaul sampai rata/sebati. Gaul perlahan-lahan untuk elakkan nasi patah.

5. Kukus sekali lagi sehingga masak, kemudian letak dalam bekas dialas daun pisang, tekan-tekan sedikit biar mampat. Tutup dengan daun pisang, sedia dihidangkan.

resepi nasi dagang

RESIPI GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

  • Ikan aya/tongkol (rebus ikan aya/tongkol, pastikan air tenggelamkan ikan bersama asam keping, garam. Rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan)
  • 11 ulas bawang merah*
  • 1 labu bawang putih*
  • Seinci halia*
  • Cili kering segengam (direbus)*
  • Rempah kari ikan adabi (plastik biru 1 paket kecil)
  • Rempah gulai cap bunga rose (1 paket kecil)
  • 2 kotak santan (saya guna M.S size kecil)
  • Air
  • Asam keping
  • Gula nisan/kerek/melaka
  • Garam
  • Cili api merah dan hijau

Cara memasak:

1. Kisar bahan bertanda (*). Letakkan minyak agak banyak dalam kuali untuk menumis, tunggu minyak panas baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose, sedikit air bersama gula nisang (saya guna nisam separuh kerek).

2. Tumis sampai pecah minyak dan kering. Saya ulang step ini 3 kali. Bila kering, tambah air (kalau nak tambah air rebusan ikan pun boleh, saya tak buat sebab saya takut masam, saya tak suka gulai masam). Ulang 3 kali sampai rempah kering/pecah minyak, jangan hangit pula. Gun api sederhana ya. Ketepikan.

3. Selepas itu dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air (sukatan air saya masukkan air dalam kotak santan M.S size kecik), kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi dalam periuk berisi santan. Buka api, kacau sampai sebati, masukkan garam, asam keping, ikan yang direbus, cili padi hijau dan merah. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Siap!

resepi nasi dagang

RESIPI ACAR TIMUN

Bahan-bahan:

  • Timun (potong bulat-bulat, belah 4, buang biji & hiris halus-halus)
  • Lobak merah (potong bulat-bulat dan hiris halus)
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 1 biji lada besar buang biji (hiris halus)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar cuka

Cara memasak:

1. Gaul semua bagi sebati, siap. Sedia untuk menjamu selera!

Kredit resipi: Haadii Nadia

Baca juga: Resipi Gulai Ayam Terengganu Style. Unik, Sedap & Punya Rasa Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN