resepi nasi ayam simple

Resepi nasi ayam simple ini sesuai untuk mereka yang pertama kali mahu memasaknya. Walaupun menggunakan banyak bahan, tapi cara penyediaannya sangat ringkas!

Jika anda menggunakan resipi ini, kesedapannya dijamin sama taraf seperti makan di kedai nasi ayam terkenal. Sekali cuba, suami dan anak-anak juga pasti akan minta masakkan berulang kali sebab terlampau lazat!

Kalau ada yang berminat nak cuba, ikuti saja resipi perkongsian oleh Puan Siti Husni di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai ‘Viral’ Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan

RESEPI NASI AYAM SIMPLE & SEDAP

resepi nasi ayam simple

Bahan sup:

  • Ayam
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Sup bunjut
  • Kiub pati ayam
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara memasak sup:

1. Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi, kemudian masukkan air. Letak air banyak pun tak apa sebab akan guna untuk masak nasi nanti.

2. Bila air dah mendidih, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam, garam dan perasa.

3. Seterusnya, bila ayam kelihatan sudah putih, boleh angkat. Jangan tebus lama sebab nanti  kita nak goreng pula ayam tu.

4. Asingkan sedikit air rebusan untuk masak nasi nanti. Baki dalam periuk digunakan untuk sup.

5. Untuk sup, taburkan sup dan bawang goreng pada akhir sekali sebelum dihidangkan nanti selepas semua bahan siap.

Bahan nasi:

  • 3 cawan beras (cuci bersih)
  • 3 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Bawang merah + bawang putih (kisar)
  • 2 hiris halia
  • 3 rempah sekawan
  • 2 sudu butter
  • Sehelai daun pandan disimpul
  • Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning nasi

Cara memasak nasi:

1. Cairkan butter, tumis bawang kisar, halia dan 3 sekawan sehingga naik bau. Masukkan juga daun pandan, beras, sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Kacau sebati dan masak di atas periuk nasi seperti biasa.

resepi nasi ayam simple

Bahan untuk perapan ayam:

  • Ayam yang sudah direbus
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap pekat
  • Madu
  • Sedikit bawang merah, bawang putih, halia (kisar)

Cara memasak ayam:

1. Gaul sebati semua bahan dengan ayam yang sudah direbus, perapkan seketika. Kemudian goreng ayam seperti biasa.

Bahan untuk kicap:

  • Air perapan ayam tadi
  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Madu
  • Sedikit sup ayam

Cara masak kicap:

1. Masak semua bahan atas api sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

Bahan untuk sos:

  • Cili besar
  • Cili padi
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Sos cili
  • Air sup

Cara buat sos:

1. Kisar cili besar, cili padi, tomato dan bawang putih. Tuangkan ke dalam periuk bersama sedikit air sup. Tambahkan gula, sos cili dan garam mengikut citarasa. Bila dah mendidih dan pekat, tutup api.

Bahan hiasan:

  • Salad
  • Timun
  • Tomato

Sedia untuk dihidangkan dan menjamu selera. Selamat mencuba!

resepi nasi ayam simple

Kredit resipi dan gambar: Siti Husni

Baca juga: Cara Masak Nasi Ayam Briyani Yang Sempoi Tapi Sedap, Lain Dari Lain

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN