Buat anda yang cukup sukakan makanan Jepun, pasti Mochi termasuk dalam senarai bukan? Seronoknya jika dapat tahu resepi Mochi yang lembut dan sedap.
Mochi adalah makanan proses Jepun yang dibuat daripada beras pulut yang ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudiannya dibentuk menjadi bulat.
Ia biasanya dihidang sewaktu sambutan Perayaan Tradisional Mochitsuki atau sambutan Tahun Baru Jepun.
Orang Malaysia buat Mochi dengan menggunakan tepung pulut, jadi teksturnya akan jadi lembut dan kenyal.
Jika anda belum pernah membuatnya, kami cadangkan anda mengikut resepi Mochi yang dikongsikan oleh Hamizah Yatim di Facebook ini.
Baca juga: Resepi Mudah Aiskrim Mochi, Memang Nikmat Cair Di Dalam Mulut!
RESEPI MOCHI
Bahan-bahan topping mochi:
- 1 cawan tepung pulut (sangai)
Bahan-bahan adunan mochi:
- 1 kampit tepung pulut (500g, boleh kurangkan kalau tak nak buat banyak)
- 1/2 cawan tepung gandum
- Air
Bahan-bahan inti mochi:
- Inti kacang merah secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan adunan mochi dan gaul sampai jadi doh (jangan telampau cair dan jangan telampau keras).
2. Didihkan air di dalam periuk untuk rebus mochi, kemudian setelah air mendidih, perlahankan api.
3. Uli doh kecil-kecil dan buat sedikit lubang untuk masukkan inti kacang merah.
4. Setelah masukkan inti ke dalam mochi, gulung bulat dan masukkan ke dalam air mendidih.
5. Masak mochi sehingga terapung sama seperti kuih buah melaka.
6. Setelah mochi timbul, tapiskan mochi letak di dalam tempat penapis supaya permukaan mochi tidak basah.
7. Golekkan mochi bersama tepung pulut yang sudah disangai. Siap!
Ramai juga orang Malaysia yang suka makan Mochi kerana intinya yang manis di dalam dan mempunyai pelbagai warna.
Dengan bentuk Mochi yang bulat bersama warna yang menarik, sesiapa pun bakal tertarik untuk memakannya.
Bila makan, terasa inti kacang merah yang manis di dalam dan lembut di luar. Anak-anak mesti suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Hamizah Yatim
Baca juga: Buah Melaka Ceria, Rasa Lembut Dan Manisnya Memang Klasik!