
Resepi mi segera goreng kari banjir ini boleh buat perut terus berbunyi walaupun dah hampir waktu tidur. Bila makan dan hirup kuah panas-panas, automatik selera terangkat.
Rahsia keenakannya terletak pada kuah kari yang ditumis bersama cili kisar, sos dan sedikit air rebusan mi. Hasilnya, mi bukan sekadar bersalut kuah, tetapi ada sedikit kuah untuk disuap bersama setiap helaian mi.
Lagi menarik, boleh gunakan apa saja lauk yang ada di dapur. Udang, ayam atau sosej semuanya boleh digunakan. Mi pula direbus sekejap sahaja supaya kekal kenyal dan tidak mudah lembik apabila digaul bersama kuah.
Baca juga: Cara Masak Mihun Goreng Style Orang Dulu-Dulu, Ringkas Tapi Sedap Sangat!
RESEPI MI SEGERA GORENG KARI BANJIR

Bahan-bahan:
- 2 pek mi segera perisa kari
- 2 biji bawang merah (dihiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (dicincang kasar)
- 1 biji cili merah besar (dihiris serong)
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu kecil kicap cair
- 1 biji telur
- Segenggam sawi, dipotong 2 inci
- 5-6 ekor udang/isi ayam dipotong dadu/2 batang sosej dihiris
- 4-5 sudu besar air rebusan mi
- Minyak masak secukupnya
Bahan untuk hiasan:
- Bawang goreng
- Hirisan limau nipis
- Daun sup
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan air dan masukkan mi segera. Rebus kira-kira 1 minit sahaja supaya mi masih kenyal dan tidak kembang. Toskan segera, lalukan sekejap di bawah air paip dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. Simpan 4-5 sudu besar air rebusan mi.
- Panaskan kira-kira 3 sudu besar minyak dalam kuali menggunakan api sederhana. Masukkan bawang merah dan tumis hingga sedikit layu. Kemudian masukkan bawang putih serta cili merah. Tumis hingga naik bau dan bawang putih bertukar sedikit kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan kecilkan api. Kacau selalu dan masak selama 3-4 minit sehingga cili pecah minyak. Langkah ini penting supaya rasa cili tidak mentah.
- Masukkan perencah kari daripada kedua-dua pek mi, sos cili, sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Kacau hingga semua bahan sebati dan masak seketika.
- Naikkan api kepada sederhana besar, kemudian masukkan udang, ayam atau sosej mengikut pilihan. Kacau sehingga lauk masak. Jika menggunakan udang, masak sehingga warnanya bertukar.
- Tolak semua bahan ke tepi kuali. Jika kuali terlalu kering, tambah sedikit minyak. Pecahkan telur di bahagian kosong dan kacau sehingga menjadi telur hancur. Setelah hampir masak, gaulkan bersama bahan tumisan.
- Masukkan sawi dan kacau seketika hingga sedikit layu. Kemudian masukkan mi yang telah ditoskan tadi bersama 4-5 sudu besar air rebusan mi.
- Kecilkan api dan gaul semuanya dengan cepat supaya mi bersalut dengan kuah. Masak kira-kira 1 minit sahaja. Jika mahu lebih berkuah, tambah sedikit lagi air rebusan mi sehingga mendapat tekstur kuah yang diingini.
- Tutup api dan terus hidangkan mi segera goreng kari banjir ketika panas. Taburkan bawang goreng dan daun sup, kemudian letakkan hirisan limau nipis di tepi. Perah sedikit sebelum makan untuk rasa yang lebih segar.
Tip: Jangan masak mi terlalu lama ketika merebus. Selain membantu mi kekal kenyal, air rebusan yang disimpan juga boleh digunakan untuk menghasilkan kuah yang lebih melekat dan sedap.
Sumber: Darra
Baca juga: Resipi Mi Segera Goreng Seafood Basah & Pedas, Menu Simple Bila Bosan Makan Nasi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














