cara masak mihun goreng

Cara masak mihun goreng sebenarnya tidaklah susah, tetapi ada beberapa teknik yang membuatkan hasilnya lebih sedap, tidak lembik dan penuh dengan rasa. Resipi style orang dulu-dulu ini menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun hasilnya memang padu dan cukup menyelerakan.

Rahsia keenakan mihun goreng ini terletak pada tumisan bawang, udang kering dan cili kisar yang dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasukkan daging dan sayur-sayuran. Gabungan sos tiram serta sedikit kicap manis pula menjadikan rasanya seimbang, tidak terlalu pedas dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

Kalau anda selalu berdepan masalah bihun mudah putus atau menjadi lembik, jangan risau. Di bawah turut dikongsikan cara rendaman bihun yang betul serta beberapa tip supaya mihun goreng kekal cantik, berderai dan menyerap kuah dengan sempurna.

Baca juga: Resipi Mi Segera Goreng Seafood Basah & Pedas, Menu Simple Bila Bosan Makan Nasi!

CARA MASAK MIHUN GORENG STAIL ORANG DULU-DULU

cara masak mihun goreng

Screenshot

Bahan-bahan:

  • 1 pek bihun (450g)
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 genggam udang kering (ditumbuk)
  • 2 senduk cili kisar
  • 2 senduk kecil sos tiram
  • 1 senduk kecil kicap manis
  • 500g daging atau ayam (disyorkan daging batang pinang)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris)
  • Segenggam kubis (dihiris)
  • Pak choy secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya (pilihan)
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, udang kering yang telah ditumbuk dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan daging bersama lobak merah dan kubis. Masak sehingga daging empuk.
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa mengikut cita rasa. Tidak perlu terlalu banyak kerana udang kering dan sos tiram sudah memberikan rasa masin.
  5. Masukkan bihun yang telah direndam dan ditoskan.
  6. Akhir sekali, masukkan pak choy dan gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati dan bihun masak sempurna.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Cara rendam bihun supaya tak putus:

  • Rendam bihun menggunakan air biasa selama kira-kira 30 minit.
  • Jika mahu lebih cepat, rendam menggunakan air panas selama 10 minit, kemudian
  • toskan sehingga air betul-betul habis.

Tip masak mihun goreng lebih sedap:

  • Elakkan mengacau bihun terlalu kerap kerana ia mudah putus. Gunakan dua senduk untuk mengaup atau tarik perlahan menggunakan garpu.
  • Jika rasa masih kurang masin selepas bihun dimasukkan, bancuh sedikit garam atau sos ikan bersama air sebelum dituang ke dalam kuali. Cara ini membantu perasa lebih sekata tanpa perlu mengacau terlalu banyak.
  • Masukkan sayuran keras seperti lobak merah dan kubis terlebih dahulu supaya teksturnya lebih lembut apabila siap dimasak.
  • Tumis cili kisar sehingga benar-benar pecah minyak untuk menghasilkan aroma dan rasa yang lebih sedap.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng ‘Kosong’, Tak Letak Lauk Udang Kerang Pun Sedap Yang Amat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN